top of page

Subsidi ditarik, bekalan perlu cukup elak harga melambung - Akmal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 23, 2022
  • 2 min read


Pengumuman Kerajaan BN - PN untuk menghentikan kawalan harga ke atas ayam bulat dan telur mulai 1 Julai ini dikhuatiri akan memicu kenaikan harga yang melampau.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir berkata, bagi memastikan harga mampu bertahan seperti sebelum ini maka kerajaan haruslah memastikan bekalan mencukupi untuk kedua dua produk makanan berkenaan dengan mengambil beberapa langkah perlu.


"Tatkala mekanisme penetapan harga ayam dan telur ayam selepas ini ditentukan oleh pasaran akibat kerajaan menghapuskan penetapan harga siling maka kerajaan digesa menyelesaikan akar permasalahan bagi harga ayam dan telur ayam melalui penyediaan bekalan yang mencukupi.


"Bagi memenuhi hasrat ini, kerajaan perlu menunaikan janjinya mempercepat agihan subsidi harga kawalan ayam kepada penternak supaya penternak tidak mengalami kerugian dan seterusnya terpaksa menimbangkan untuk mengurangkan pengeluaran.


"Aduan oleh penternak yang terpaksa menghadapi kerenah birokrasi seperti perlu menghantar tuntutan ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar di peringkat daerah sebelum diserahkan ke peringkat negeri wajar diperbetul dengan kadar segera dengan menimbangkan mekanisme tuntutan secara atas talian (untuk mempercepatkan pembayaran) seperti yang dicadangkan oleh pemain industri," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Ahli Parlimen Johor Bahru itu juga berpendapat, Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu melakukan persediaan yang rapi menghadapi kesan rantaian pengumuman pembatalan harga siling ayam dan telur tersebut.


Begitu juga, katanya, terhadap pembatalan subsidi minyak masak botol yang mungkin mencetuskan pembelian panik dan menaikkan harga dengan lebih tinggi dan berkekalan.


"Kerajaan perlu melakukan persediaan yang rapi terhadap kesan rantaian pembatalan harga siling ayam dan telur ayam serta pembatalan subsidi minyak masak ini yang mungkin mencetuskan pembelian panik dan peningkatan harga yang mendadak.


"Peningkatan harga bahan menatah pasti menaikkan harga kos makanan dan akan menjejaskan semua pihak tanpa mengira kelas pendapatan," katanya.


Akmal bagaimanapun khuatir dengan tindak tanduk kerajaan BN - PN kebelakangan ini yang tidak faham tindakbalas pasaran dalam polisi mengurangkan subsidi sedangkan inflasi telah pun tinggi.


Kekurangan bekalan mahu pun pembelian panik, katanya, akan memburukkan lagi keadaan.


"Kadar inflasi yang diukur melalui Indeks Harga Pengguna telah meningkat sebanyak 2.3% pada bulan lalu kerana kenaikan kebanyakan harga barangan makanan walaupun minyak masak 2kg dan ke atas disubsidi serta harga ayam dan telur dikawal.


"Dalam hal ini Kerajaan perlu meneliti secara rapi kadar inflasi yang dijangka akan meningkat setelah item-item tersebut tidak lagi disubsidi atau harga dikawal," katanya lagi.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page