top of page

'Subsidi diesel tidak dihapuskan, diberi terus ke poket rakyat'



Oleh: Abdullah Zaid


Rakyat tidak perlu tertipu dengan propaganda laskar siber pembangkang kononnya subsidi diesel telah dihapuskan.


Sebaliknya, kata Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, penyasaran subsidi merupakan polisi memberi terus dana subsidi ke poket rakyat.


Oleh itu, beliau berkata, rakyat perlu memahami sepenuhnya dasar penyasaran subsidi sebelum meninggalkan sebarang komen di media sosial agar tidak memperpanjangkan kekeliruan.


"Memandangkan isu ini ada yang masih keliru atau buat tak faham, jadi saya akan memberikan gambaran ringkas agar kita tidak dimomokkan dengan fakta yang tidak berasas.


"Subsidi diesel disalurkan melalui dua kaedah pertama subsidi harga runcit di stesen minyak disalurkan dalam Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) melibatkan 33 jenis kenderaan pengangkutan awam dan barangan yang beri manfaat kepada 410,000 kenderaan menerusi penggunaan ‘fleet card’.


"Manakala kaedah kedua pula, subsidi bantuan tunai RM200 kepada pengguna individu kenderaan diesel dalam Budi Madani," katanya menerusi satu hantaran video di Facebooknya, malam tadi.


Jelas Lokman, melalui penyelarasan susbsidi bersasar itu pengguna yang layak, khususnya pemilik kenderaan diesel individu, petani dan pekebun kecil masih boleh mendapat mendapat manfaat di bawah inisiatif SKSD.


"Melalui penyelarasan ini sistem kawalan diesel bersubsidi bagi kenderaan pengangkutan awam seperti bas ekspres dan bas sekolah serta ambulans memperoleh harga diesel yang lagi murah (daripada harga sebelum ini) iaitu RM1.88 termasuk golongan nelayan mendapat RM1.65 bagi setiap liter diesel," katanya.


Manakala bagi pengguna kenderaan persendirian diesel katanya, harga bersubsidi kekal RM2.15 dengan bantuan RM200 Budi Madani berbanding RM3.35 seliter untuk golongan T20 yang tidak layak mendapat subsidi.


"Justeru saya ulangi tujuan utama penyasaran subsidi ini adalah membendung ketirisan yang menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan subsidi diesel RM14.3 bilion hanya untuk 2023," ujarnya lagi.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page