top of page

Subsidi diesel: Kenapa nak subsidi orang Thailand?



Penjelasan mengenai penukaran polisi subsidi pukal kepada bersasar di Dewan Rakyat pada sesi pagi hangat apabila Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bertanya untuk apa pembangkang mengkritik polisi kerajaan apabila terbukti penjualan diesel di stesen minyak berhampiran sempadan Malaysia - Thailand jatuh mendadak.


"Bermakna kita 'mengambil' subsidi kepada mereka yang tak layak dapat. Siapa yang tak layak dapat subsidi? Kita tak nak (beri) subsidi (kepada) orang Thailand. Buat apa kita nak subsidi orang Thailand?


"Kenapa kita (pembangkang) menyokong penyeludupan yang berleluasa sekarang? Kalau nak cari fakta, kalau kita tengok jumlah (penjualan diesel stesen minyak) di sempadan dah 40% (turun), mana pergi minyak yang keluar itu


"Dia pergi ke negara jiran. Itu duit rakyat kita. Kenapa kita masih nak menolong penyeludup? Yang itu fakta," katanya.


Amir menyifatkan langkah kerajaan sejak 10 Jun lalu telah berjaya menyelamatkan duit rakyat Malaysia daripada digunakan oleh orang asing untuk keuntungan perniagaan mereka.


Begitu juga katanya di dalam negara, penjualan diesel untuk komersial yang tidak bersubsidi telah meningkat sepanjang seminggu lalu.


"Kalau kita tengok stesen minyak (dalam negara) dah turun (penjualan diesel). Peralihan (beli diesel) dari sektor runcit ke sektor komersial begitu jelas. Ini bermakna mereka dulu mengambil (diesel) subsidi rakyat.


"Kalau tengok cara macam itu, kita dapat penjimatan RM4 bilion. Kita boleh perbetul sekolah, hospital yang ada (dengan penjimatan subsidi)," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page