top of page

Subsidi bil elektrik daripada tabungan era Kerajaan Pakatan Harapan




Sejak Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengumumkan subsidi tambahan kepada bil elektrik pengguna yang mengadu terbeban akibat meter elektrik dibaca selepas 3 bulan, media massa pro PN sengaja mendewa-dewakan kebaikan kerajaan dalam membela rakyat.


Begitu juga, bekas PM Najib Razak yang bersungguh-sungguh mempromosikan kebajikan kerajaan yang disertai Umno, kononnya prihatin derita rakyat.


Tanpa mereka sedikit pun mengenang jasa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini meningkatkan tabungan dalam Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) yang digunakan untuk mendanai subsidi tersebut.


Menurut mantan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin (YBY), sejak PH mengambil alih kerajaan persekutuan, diputuskan dana KWIE ditingkatkan jumlahnya supaya boleh digunakan pada masa mencabar sebagaimana hari ini.


"Semasa saya menjadi menteri tenaga, kami membuat keputusan untuk meningkatkan dana KWIE supaya boleh digunakan pada masa mencabar bagi menampung beban rakyat serta menstabilkan tarif elektrik.

"Najib Razak boleh tanya menteri Umno sendiri. Adakah dana untuk bantuan bil elektrik daripada KWIE? Jika dari KWIE, KWIE sekarang tinggi adalah kerana keputusan dan rancangan yang dibuat di bawah pentabiran PH.


"Tolonglah Umno, jangan sibuk claim credit. Najib tak tahu kira? YBY sedia membantu," kata Bee Yin dalam satu hantaran di Facebook beliau.


Menurut beliau lagi, sebelum perubahan kerajaan pada 1 Mac 2020, KWIE dianggar akan mencatat lebih daripada RM 1.5 bilion (Jun 2020), iaitu RM200 juta dari KWIE sedia ada dan RM 1.368 bilion dari anggaran hasil mekanisme Imbalance-Cost-Past-Through (ICPT) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan PH untuk tempoh Januari ke Jun 2020 (surcaj bahan api dari pengguna komersial dan industri sejumlah RM 594 juta dan penjimatan daripada pelarasan hasil Incentive-Based-Regulation (IBR) sejumlah RM 774 juta.)


"Dengan mengambil kira peruntukkan yang digunakan untuk menampung diskaun-diskaun yang telah diumumkan di bawah pakej-pakej rangsangan ekonomi Covid-19, dianggarkan lebih kurang RM 1 billion lagi dana KWIE yang boleh disalurkan.


"Angka ini bersamaan dengan jumlah yang dijangka untuk bantuan bil elektrik yang diumumkan oleh menteri.


"(Malangnya) pengumuman menteri seolah-olah semua bantuan adalah “jasa kerajaan Perikatan Nasional" (atau Umno) tetapi sebenarnya dana tersebut adalah daripada KWIE.


"Bukan sahaja itu, semua diskaun-diskaun bil elektrik yang dinikmati rakyat sepanjang Covid19 dan diwar-warkan sebagai “jasa Umno” sebenarnya ialah dana dari KWIE," bidasnya.


Selain itu, Bee Yin juga menjelaskan kos sumber bahan api global telah menurun sejak tiga bulan lalu dan ia turut mengurangkan kos penjanaan elektrik.


Beliau mencadangkan agar kerajaan PN memberi tambahan subsidi kepada rakyat berasaskan penurunan kos berkenaan.


"Saya mencadangkan Dr Shamsul (Menteri Tenaga dan Sumber Asli) supaya penjimatan kos bahan api ini boleh dilepas dengan sepenuhnya kepada pengguna-pengguna elektrik melalui mekanisme ICPT dalam bentuk rebat untuk tempoh bil Julai – Disember 2020. Pengguna-pengguna domestik mahupun komersial dan industri sepatutnya dapat menikmati rebat juga untuk Julai hingga Disember 2020 kerana penurunan kos bahan api.


"Cuma saya berharap bahawa semasa pengumuman ICPT untuk tempoh Julai-Disember nanti, menteri tidak akan membuat pengumuman rebat elektrik seolah-olahnya penurunan kos bahan api global juga adalah jasa Umno," sinis beliau.


Pada 20 Jun lalu, kerajaan mengumumkan empat juta atau 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kWj, akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan di bawah Bantuan Prihatin Elektrik tambahan.


Manakala pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan bagi April, Mei dan Jun.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page