top of page

Kempen 'Saya Pilih Beras Tempatan' kurangkan pergantungan import

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 9
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu telah mengarahkan kementeriannya untuk melancarkan kempen nasional bertemakan 'Saya Pilih Beras Tempatan', bermula bulan hadapan.


Beliau berkata, kempen tersebut bukan sekadar kempen komunikasi, tetapi ia merupakan satu gerakan bagi mengubah cara fikir rakyat Malaysia.


Jelas Mohamad, kempen itu bertujuan menyedarkan pengguna bahawa beras tempatan bukan sahaja setanding dari segi kualiti dan rasa, malah membawa nilai ekonomi dan strategik yang besar, membantu pesawah meningkatkan pengeluaran domestik, dan yang lebih penting, mengurangkan kebergantungan kita kepada import.


"Kalau kita serius tentang keterjaminan makanan, kalau kita benar-benar mahu memperkukuh kedaulatan negara, maka kita harus mulakan dengan satu tindakan mudah iaitu memilih beras tempatan.


"Saya menyeru semua pihak seperti pesawah, pengguna, pengedar, agensi dan NGO untuk sama-sama menyokong usaha ini. Bukan kerana ia disuruh kerajaan, tetapi kerana baik untuk negara," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambah Mohamad lagi, Kerajaan MADANI juga komited untuk memajukan sektor padi dan beras negara melalui pelbagai pendekatan menyeluruh daripada subsidi bersasar, sokongan kepada pesawah, pelaburan dalam infrastruktur, sehingga kepada kempen kesedaran pengguna.


"Usaha ini bukan sahaja bertujuan memastikan bekalan makanan mencukupi, tetapi juga memperkukuh kedaulatan makanan dan menjadikan industri padi lebih mampan dan berdaya saing.


"Kalau kita mahu negara maju dan berdikari, maka kita mesti berani membuat pilihan yang tepat. Beras tempatan adalah salah satu daripadanya," ujarnya lagi.


Beliau yang juga Presiden AMANAH berkata, sehingga 5 Mei tahun ini, lebih daripada empat juta kampit Beras Putih Tempatan (BPT) bersubsidi telah diagihkan ke seluruh negara.


Namun berdasarkan pemerhatian pihaknya, Mohamad berkata sambutan daripada pengguna masih belum memadai.


"Inilah cabaran kita hari ini apabila sesuatu yang baik ditawarkan, belum tentu diterima.


"Maka, sebagai langkah memperbaiki keadaan, had pembelian BPT telah ditingkatkan daripada dua kampit kepada lima kampit bagi setiap transaksi.


"Kita mahu memastikan stok BPT bersubsidi ini tidaklah berlapuk dan akhirnya dimakan bubuk.


"Realitinya, pengguna Malaysia masih cenderung memilih beras berdasarkan jenama.


"Sayangnya, apabila berlaku kekurangan atau gangguan dalam pasaran, ada pihak yang pantas menjadikannya sebagai isu politik," kata Mohamad.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page