top of page

Nurul Izzah mahu tumpu usaha kuasai 50 kerusi marginal hadapi PRU-16

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 9
  • 2 min read


Oleh: Helmi Mohd Foad


Calon Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata misi utama beliau sekiranya dipilih kelak ialah menumpukan usaha dan bekerja bersama anggota, pendukung serta sukarelawan parti khususnya melibatkan 50 kerusi marginal dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).


Beliau menegaskan, menjelang pilihan raya umum itu, KEADILAN perlu melangkah dengan strategik lebih tersusun, menyeluruh dan berpaksikan kekuatan bersama.


"[Ini] kerana PRU-16 bukan boleh dimenangi menerusi usaha mana-mana individu. Kita tidak mampu bergerak berseorangan.


"[Sebaliknya] Kita hanya mampu menang dengan menggandingkan kekuatan cabang, jentera akar umbi, menjalar kepada rakyat serta masyarakat menerusi kempen, khidmat dan strategi penerangan efektif dalam menambat hati dan keperluan semua," jelasnya dalam kenyataan hari ini.


Terdahulu dalam kenyataan tersebut Nurul Izzah mengesahkan beliau menawarkan sebagai calon Timbalan Presifen KEADILAN dalam pemilihan parti bagi sesi 2025-2028.


Nurul Izzah menekankan bahawa anggota parti tidak boleh lagi bergerak secara terpisah antara pusat dan akar umbi sebaliknya "kemenangan mampu dicapai dengan kehadiran yang menyantuni rakyat dan jentera yang hidup serta berfungsi."


Beliau menyatakan pemimpin dan anggota parti perlu mengembalikan ideologi asal pertubuhan politik tersebut demi menyatukan semula kekuatan KEADILAN dengan roh perjuangan asal iaitu membawa keadilan kepada semua, mengambil kira keperluan sosioekonomi dan peluang yang terbaik tidak mengira bangsa, latar belakang dan kepercayaan.


"Saya sedar bahawa tidak ada sesiapa yang mampu melakukannya seorang diri. Justeru itu, saya komited untuk mendengar, memperkasa dan memperkukuh cabang-cabang agar kita dapat bergerak sederap, berpadu tenaga secara aktif, dan bersatu dalam matlamat yang sama," tekad beliau.


Sama ada beliau dipilih atau tidak, Nurul Izzah menegaskan kasih dan taat setianya sentiasa bersama KEADILAN agar anggota parti dekat dan relevan dengan rakyat dalam mendepani segala cabaran yang bakal mendatang.


"Saya akan terus berusaha demi merapatkan saf besar KEADILAN dan membantu membantu pimpinan yang dipilih untuk merealisasi impian serta misi kita bersama," katanya.


Dalam pada itu Nurul Izzah menasihatkan anggota parti agar tidak menyerang pimpinan dan sahabat seperjuangan yang lain dengan biadab, apatah lagi menyentuh isu peribadi mereka.


Meskipun rasa terkilan terdapat pendukung KEADILAN sendiri melemparkan kata nista terhadapnya, Nuzul Izzah mahu semua pihak berhujah dengan fakta dan bukannya emosi, hinaan, gelaran dan kata-kata kesat.


"Ini parti yang telah kita bina bersama. Kita boleh bertembung idea dan berbeza pandangan sepanjang pemilihan ini, tetapi kekallah dengan adab dan hikmah," ujarnya lagi.


"Biduk lalu, kiambang bertaut. Buat semua anggota KEADILAN, marilah bersama membina semula kekuatan dalaman parti. Kita menjadi tali pengikat semangat, setiakawan dan persaudaraan.


"Kita disegani kerana menjaga idealisme dan membina jambatan dengan parti-parti komponen agar mudah mewakili rakyat. Marilah bersama membugar semangat kekitaan dan keberanian mendepani cabaran menerusi pengukuhan organisasi dan keberadaan KEADILAN di akar umbi," jelasnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page