top of page

Nurul Izzah bertanding Timbalan Presiden, tolak label "parti anak beranak"

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 9
  • 2 min read


Oleh: Helmi Mohd Foad


Nurul Izzah Anwar yang mengesahkan pencalonannya bagi jawatan Timbalan Presiden KEADILAN menolak dakwaan penyertaannya itu bakal menyebabkan parti dilabelkan sebagai "parti anak beranak".


Beliau yang merupakan Naib Presiden parti menjelaskan label tersebut bukan perkara baharu malah "serangan" itu sudah wujud sejak 1998 apabila pengasas dan pejuang reformasi bersama-sama menubuhkan KEADILAN.


"Ada sebahagian - yang menyatakan terus kepada saya - menyambutnya (pencalonan sebagai Timbalan Presiden) dengan penuh pengharapan, ingin melihat regenerasi dan pembaharuan dalam parti.


"Ada juga yang menzahirkan kegusaran dan meminta saya mempertimbangkan semula keputusan ini kerana bimbang KEADILAN dilabel sebagai “Parti Anak Beranak”.


"Saya hormati kedua-dua pandangan, kerana kedua-duanya datang dari rasa cinta yang mendalam terhadap parti ini," katanya yang meminta ruang untuk menjelaskan perkara itu apabila label itu digunakan untuk memperlekehkan KEADILAN.


Nurul Izzah berkata ketika beliau menang pemilihan jawatan Naib Presiden dengan undian tertinggi pada 2010, 2014 dan 2018, serangan yang sama tetap dilemparkan.


"Hanya pada tahun 2022 sahaja, saya tidak bertanding, sebaliknya saya fokus dan mendokong pergerakan Ayuh Malaysia, di mana saya memperkenalkan beberapa dasar untuk diperjuangkan - termasuk TVET serta perubahan iklim bagi memberi kesan yang lebih baik kepada kehidupan seharian.


"Hakikatnya, jika saya memilih untuk kekal bertanding Naib Presiden pun kali ini, saya tetap akan digelar begitu," ujarnya.


Tegas beliau biar apa juga gelaran dan persepsi yang dilemparkan selama puluhan tahun, beliau tetap akan terus berkhidmat kerana yakin proses bertanding secara terbuka dan mendapat mandat daripada akar umbi bukanlah satu bentuk nepotisme.


Sebaliknya, hal itu adalah asas demokrasi yang perlu dipertahankan dalam parti.


Dalam pada itu jelas Nurul Izzah, beliau mengambil keputusan meletakkan jawatan daripada daripada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada 2019 kerana menentang kegagalan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad ketika itu untuk memastikan perbelanjaan kerajaan dipantau dengan melantik wakil rakyat pembangkang memegang jawatan ketua PAC.


"Ketika PH memenangi PRU ke-14, saya telah ditawarkan untuk dilantik sebagai Menteri. Apa keputusan saya? Saya menolak kerana ia adalah lantikan Perdana Menteri, di dalam Kabinet yang turut dianggotai oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Timbalan Perdana Menteri," katanya.


Malah tegas Izzah lagi sekiranya menang jawatan Timbalan Presiden sekalipun, beliau tidak berminat dengan jawatan Kabinet.


"Saya yakin, mereka yang membaca kenyataan ini dengan penuh rasional dapat membezakan nepotisme iaitu dilantik oleh ahli keluarga untuk sesuatu posisi berbanding pertandingan yang diundi oleh akar umbi," ujarnya.

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page