top of page

Subsidi bersasar: Pembangkang jangan politikkan isu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 19, 2024
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Sebarang langkah penjimatan yang dilakukan kerajaan termasuk memperkenalkan dasar subsidi bersasar bagi mengurangkan fiskal perbelanjaan negara perlu difahami oleh pihak pembangkang.


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata dasar baharu itu diyakini dapat membantu golongan layak untuk menerima pemberian subsidi berkenaan.


"Pada saya kita perlu berikan (subsidi) pada yang benar-benar memerlukan justeru saya ingatkan pembangkang tidak mainkan isu tersebut.


"Kita kena rasional dalam isu subsidi ini dalam kita hendak membantu rakyat, kita juga perlu menjaga polisi fiskal negara," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Jelasnya bagi meneroka pendapatan baharu, Sim mencadangkan menubuhkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Petronas untuk meneroka industri berkaitan unsur nadir bumi (REE) di negara ini.


Hal itu katanya, Malaysia memiliki sumber unsur nadir bumi yang dianggarkan berjumlah RM1 trilion sekali gus membolehkan negara berpotensi membuat pelaburan dalam industri berkenaan dan memberi pulangan berlipat ganda kepada ekonomi negara.


"Saya harap Petronas dapat menggunakan kepakaran yang baik untuk mendapatkan nadi bumi sebagai peluang penjanaan baharu kepada negara," ujarnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page