top of page

Isu subsidi : Pembangkang elok semak rekod buruk kerajaan PN - Onn



Oleh: Abdullah Zaid


Tindakan pembangkang yang terus menerus mempersoalkan pelaksanaan subsidi bersasar selain menyindir kenaikan harga barang dilihat hanya mengejar populariti.


Bagi Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, blok pembangkang perlu menunjukkan kewibawaan mereka sebagai penyemak-imbang kerajaan bukannya membuat tuduhan melulu.


Katanya, berbanding situasi pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di bawah Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin, pentadbiran Kerajaan Perpaduan lebih berjaya terutama dalam menyelesaikan krisis bekalan beras hanya dalam masa sebulan, sedangkan pentadbiran PN sehingga kerajaan bertukar tangan pada hujung 2022, krisis bekalan telur masih gagal diatasi.


"Saya sarankan kepada mereka untuk semak atau buat homework dahulu sebelum menghentam kerajaan.


"Mungkin mereka lupa, kadar inflasi ketika di bawah Muhyiddin (PM8) mencanak naik sehingga 5% akibat dasar-dasar PN yang kurang bijak dalam menangani pandemik


"Ia tidak termasuk dengan harga barang mentah seperti ayam dan telur sehingga PN terpaksa ditumbangkan (oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 14)," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Untuk rekod, menerusi Belanjawan 2024, PM Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan subsidi bersasar bagi memberi manfaat kepada golongan yang layak menjelang tahun hadapan.


Selain itu, menurut Onn lagi, trend penurunan inflasi kepada 3% peratus pada September 2023 menunjukkan negara berada di landasan yang tepat.


Tambahnya, apa yang lebih menghairankan, pada era pentadbiran 33 bulan PN setahun lalu, kesemua portfolio kementerian yang penting dipegang oleh wakil rakyat PN tetapi tidak banyak yang mampu dibuat oleh pemimpin mereka.


"Pada waktu itu jawatan Perdana Menteri, Menteri Ekonomi, MITI dan Menteri Pertanian semua dari Bersatu (PN).


"Jadi, kalau betul mereka ini benar-benar ada idea yang bagus dan berkesan kenapa tak dibuat sepanjang dua tahun jadi kerajaan?" soalnya lagi.


Untuk rekod, Kerajaan Perpaduan berjaya menyelesaikan krisis bekalan beras yang bermula September lalu dalam tempoh sebulan lebih.


Bekalan beras putih tempatan telah kembali mencukupi di pasaran dengan harga yang kekal biar pun harga beras di pasaran antarabangsa masih tinggi. Dalam masa sama bekalan telur terus cukup di kedai runcit biar pun pembangkang mendakwa berlaku kekurangan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page