top of page

Subsidi bersasar langkah tepat, bina semula ruang fiskal



Belanjawan 2024 dibentangkan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada 13 Oktober lalu disifatkan mengimbangi tanggungjawab fiskal dan kelestarian ekonomi.


Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata langkah kerajaan melaksana subsidi bersasar itu merupakan pengurusan fiskal yang lebih mampan untuk jangka masa panjang.


Langkah tersebut juga jelasnya merupakan strategi meningkatkan kecekapan dalam ekonomi dan membina semula ruang fiskal di samping meminimumkan risiko kejutan ekonomi antarabangsa.


"Pelaksanaan subsidi bersasar bukan saja dapat mengurangkan defisit fisikal kepada tahap yang baik malah mampu meningkatkan pendapatan kerajaan.


"Subsidi yang tidak mampan boleh memburukkan defisit bajet negara dan menjejaskan kestabilan ekonomi.


"Justeru, pemberian subsidi bersasar bertujuan melindungi golongan miskin berpendapatan rendah dan kumpulan terdedah sambil menyumbang kepada kestabilan serta pertumbuhan ekonomi Malaysia," katanya dipetik


Dr Azeem turut menjelaskan, rejim subsidi menyeluruh atau pukal adalah tidak seimbang kerana setiap segmen masyarakat tanpa mengira latar belakang kewangan menikmati pemberian yang sama.


"Pada pandangan saya, strategi subsidi bersasar bersifat adil kerana ia dikenakan kepada golongan berpendapatan tinggi yang sememangnya berkemampuan.


"Malah, kerajaan dikatakan berada di landasan yang betul demi memastikan kelestarian pada masa hadapan yang mana semua sedia maklum kita berhadapan dengan pelbagai cabaran terutama di peringkat global.


"Selain itu, peningkatan pendapatan negara sangat perlu bagi memastikan kerajaan dapat menampung dan menguruskan keperluan negara yang mengutamakan kesejahteraan rakyat," tambahnya.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini memaklumkan kerajaan akan melaksanakan sepenuhnya program subsidi bersasar mulai tahun depan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page