top of page

Subsidi bersasar galak rakyat beralih ke kenderaan elektrik


Oleh: Abdullah Zaid


Pelaksanaan subsidi bersasar seperti petrol dijangka akan menarik lebih ramai pengguna untuk memanfaatkan kenderaan eletrik (EV).


Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) berkata, langkah tersebut akan menyebabkan golongan yang tidak mendapat subsidi bersasar itu perlu membayar mengikut harga pasaran.


"Dijangka ramai pengguna akan berhijrah ke EV, mungkin itu juga akan menjadi satu faktor penting.


"Jika dilihat negara-negara lain seperti China, EV berkembang dengan sangat cepat kerana mereka terpaksa bayar (kos sebenar) bahan api," katanya menerusi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Wong Chen (PH-Subang) berkenaan insentif yang boleh diberikan kerajaan bagi menggalakkan rakyat menggunakan EV.


Dalam pada itu, bagi menjawab soalan Wong Cheng berkaitan sasaran 1.5 juta EV untuk dicapai negara menjelang 2040, Nik Nazmi menjelaskan pemilikan kereta bukan EV di Malaysia adalah tertinggi berbanding negara-negara jiran.


Justeru, beliau menjelaskan kerajaan pada ketika ini sedang memperhalusi pendekatan terbaik untuk menanggani perkara itu.


"Kita boleh lihat dari segi pengangkutan awam, mobiliti mikro, tetapi kita juga (perlu) tahu apabila bercakap soal logistik.


"Kita bercakap tentang soal ekosistem dan masih ada banyak tempat di luar Lembah Klang yang memerlukan kereta," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page