top of page

Subsidi bersasar diesel: Jimat RM4 bilion, keputusan terbaik Kerajaan Madani



Polisi rasionalisasi subsidi ke atas bahan api diesel yang akan membantu memperkasa pelan pengagihan subsidi bersasar kepada rakyat seharusnya disambut baik oleh semua.


Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, pengumuman Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 22 Mei lalu merupakan langkah yang tepat ketika negara terbeban hutang setinggi RM1.5 trilion yang ditinggalkan oleh kerajaan sebelumnya.


Katanya, pelaksanaan mendahulukan apungan harga diesel berbanding petrol pula suatu langkah strategik, begitu juga polisi mengekalkan diesel bersubsidi bagi rakyat di Sabah dan Sarawak kerana hampir setiap keluarga di sana menggunakan bahan api itu untuk kenderaan pacuan empat roda, generator elektrik dan kegunaan harian lain.


"Tindakan PM dan Kerajaan Madani dalam perkara ini memperlihatkan sikap sebuah kerajaan yang berani dan bertanggungjawab.


"Pemimpin yang ada sekarang tidak mengamalkan politik populis. PM Anwar tentu tahu risiko perlaksanaan subsidi bersasar ke atas diesel dari segi kesannya kepada sokongan rakyat jika perlaksanaan dasar tegas ini tidak diurus dengan baik, yang mungkin boleh menjejaskan keputusan dalam pilihan raya umum ke16 akan datang.


"Sebaliknya hasil daripada subsidi diesel bersasar ini akan menjimatkan wang kerajaan sekitar RM4 bilion setahun. Dari segi kewangan negara ia dapat memperkukuhkan fiskal kerajaan. Kerajaan ada wang untuk pembangunan rakyat dan negara," kata Hassan dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, beliau memuji langkah yang dirancang teliti oleh Kerajaan Madani untuk menarik subsidi pukal daripada golongan kaya T20 yang berpendapatan RM15,000 sebulan dan ke atas kemudian memberi lebihan sumbangan kepada golongan B40.


"Sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang dan juga anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Perdagangan Dalam Negeri, Kos Sara Hidup, Pertanian dan Keusahawanan saya menyatakan sokongan kepada keputusan Kerajaan melaksanakan subsidi bersasar dalam mengatasi cabaran perbelanjaan RM80 bilion yang dikeluarkan kerajaan setiap tahun bagi subsidi pukal.


"Selagi rakyat marhaen dan golongan B40 dan M40 tidak menjadi mangsa kepada dasar ini, dan selagi Kerajaan akan menambah baik peruntukan bantuan kepada rakyat termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), maka saya akan menyokong keputusan kerajaan," katanya.


Tambah Hassan, dengan penjimatan RM4 bilion itu rakyat terbanyak akan menikmati lebih banyak bantuan seperti Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dinaikkan; Bantuan murid sekolah ditambah baik; Meningkatkan Kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) dan bantuan tunai kepada pemilik individu kenderaan diesel yang layak, termasuk petani kecil, nelayan, pesawah dan peniaga kecil.


Tegas beliau, reformasi pentadbiran itu kadang-kadang bukanlah sesuatu yang popular. Katanya, reformasi dalam soal kewangan negara bagi mengurangkan jumlah subsidi yang semakin besar adalah satu contoh reformasi yang mungkin menyakitkan ketika ini tetapi ia akan menyelamatkan ekonomi negara pada masa hadapan bagi sesebuah kerajaan yang bertanggungjawab.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page