top of page

Subsidi bersasar beri keutamaan kepada golongan layak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 25, 2023
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Strategi kerajaan untuk penyasaran semula subsidi pada tahun hadapan dilihat penting bagi memastikan hanya golongan yang layak diberi keutamaan.


Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH - Johor Bahru), berkata langkah penyasaran itu dapat mengukuhkan kedudukan fiskal negara selain meningkatkan bekalan makanan negara.


"Terdapat usaha meningkatkan bekalan dan jaminan makanan untuk rakyat berhadapan dengan impak jangkaan inflasi sekitar 2.1 peratus hingga 3.6 peratus pada tahun 2024.


"Oleh itu, kita lihat usaha kerajaan melaksanakan inisiatif usahawan tani (INTAN) yang bertindak sebagai serampang dua mata bagi memastikan kumpulan sasaran mempunyai pendapatan mencukupi.


"Justeru, kita kena pastikan bekalan untuk tahun hadapan adalah lebih terjamin," katanya menjawab soalan tambahan Onn Abu Bakar (PH - Batu Pahat) pada Waktu Pertanyaan Menteri Dewan Rakyat, hari ini.


Beliau berkata demikian bagi mewakili Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang ketika ini sedang mendapatkan rawatan selepas dilaporkan mengalami masalah jantung.


Dalam pada itu, mengenai peningkatan harga barangan meskipun Indeks Harga Pengguna (IHP) menurun ke 2%, Akmal berkata, ia hanya melibatkan barangan tertentu.


"Masih terdapat kumpulan yang mencatatkan peningkatan termasuk pakaian dan kasut serta minuman beralkohol dan tembakau.


"Secara dasarnya, penyederhanaan inflasi bukan bermaksud penurunan paras harga, tetapi merujuk kepada peningkatan harga barangan pada kadar yang lebih perlahan.


"Inflasi terkawal pada kadar dua hingga tiga peratus amat penting bagi ekonomi sesebuah negara untuk terus berkembang," ujar Akmal.


Jelasnya, Malaysia pernah berhadapan dengan catatan deflasi 1.2 peratus ketika pandemik 2020 namun mengakibatkan kesejahteraan ekonomi terjejas.


"Ia berlaku ekoran penurunan gaji dan upah serta pemberhentian pekerja disebabkan pengeluar syarikat tidak dapat menampung kos operasi atau menjual perkhidmatan," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page