top of page

Subsidi beras import: Persatuan pengguna alu alukan langkah kerajaan



Keputusan Kerajaan Persekutuan memberi subsidi RM950 bagi setiap tan beras putih import (BPI) di Sabah dan Sarawak merupakan satu berita baik.


Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan, berkata usaha melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) itu sangat dinantikan pengguna di Malaysia Timur, terutama oleh golongan berpendapatan rendah


"Pemberian subsidi itu juga melegakan pengusaha makanan dalam usaha mengurangkan kos ditanggung mereka berikutan kenaikan harga BPI ketika ini.


"Sebagai pengguna, kita mengalu-alukan pengumuman Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberikan subsidi sebanyak RM950 satu tan beras kepada Sabah dan Sarawak bermula 5 Oktober ini.


"Ia tentunya berita baik kepada golongan B40 dan pengusaha makanan dalam usaha menurunkan kos sara hidup kerana beras adalah keperluan asas kepada setiap isi rumah," katanya dipetik laporan Utusan Borneo


Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu pada Isnin mengumumkan Perdana Menteri bersetuju memberi subsidi sebanyak RM950 setiap tan bagi bekalan BPI di Sabah dan Sarawak, mulai Khamis ini.


Menerusi pemberian subsidi itu, harga runcit BPI di kedua-dua negeri akan turun kepada RM31 bagi kampit 10 kilogram (kg).


Sementara itu, David turut menggesa orang ramai supaya tidak menimbulkan spekulasi mengenai kekurangan bekalan beras di Sabah bagi mengelak pembelian panik.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page