top of page

Subsidi ayam, telur: Bukti kerajaan pro rakyat, kekang harga barang



Pengumuman Kerajaan Perpaduan untuk meneruskan subsidi harga ayam dan telur yang dijadual tamat pada 30 Jun ini menjadi bukti Kerajaan merasai denyut nadi rakyat.


Menurut Pengarah Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, Ahmad Nadhir Yob, keputusan yang didbuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam membuktikan tohmahan pembangkang selama ini kononnya harga barang mengalami peningkatan dan kerajaan tidak berbuat apa apa adalah permainan politik murahan.


"Keputusan Kerajaan melanjutkan pemberian subsidi dan kawalan harga telur dan ayam membuktikan bahawa Kerajaan serius dalam membela dan juga menjaga kebajikan rakyat terutama golongan miskin.


"Memetik keputusan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa keputusan ini akan diteruskan bermula 1 Julai 2023.


"Keputusan ini memberi kelegaan dan disambut baik oleh rakyat yang masih lagi dibelenggu pelbagai masalah dan berusaha untuk pulih daripada impak masalah ekonomi pasca pandemik," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Ahmad Nadhir berkata pembangkang tidak seharusnya terus mengelirukan rakyat mengenai kenaikan harga kerana kebanyakan harga telah pun turun berbanding sewaktu kerajaan PN memerintah.


"Tindakan pembangkang yang berterusan mencipta pelbagai persepsi dan propaganda mengatakan harga barang-barang keperluan naik secara mendadak amat dikesali.


"Walaupun pihak kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah menjawab berkali kali di Dewan Rakyat namun pihak pembangkang masih lagi berada dalam sindrom penafian dan berterusan menggunakan isu berkenaan sebagai modal politik mereka," katanya.


Tambah Ahmad Nadhir, tindakan pembangkang itu amat tidak cerdik dan tidak menguntungkan rakyat. Malah pembangkang dilihat gagal melakukan semak dan imbang bagi kerajaan.


"Seharusnya pihak pembangkang menggunakan fakta dan data apabila mengulas sesuatu isu dan memberikan pandangan alternatif bagi menambah baik usaha kerajaan


"Malangnya sikap suka mengadakan cerita palsu dan persepsi bohong kepada kerajaan merupakan pemikiran kelas ketiga pembangkang yang tidak sepatutnya dijadikan budaya dan amalan," katanya lagi.


Justeru, kata beliau, pembangkang bukan sahaja tidak layak mentadbir Kerajaan Persekutuan malah tidak sepatutnya diundi untuk mentadbir Kerajaan Negeri dalam pilihanraya yang akan berlangsung pada bulan Julai ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page