top of page

'Suatu hari AUKU akan dimansuhkan' - Adam Adli

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 19, 2023
  • 1 min read


Keresahan para pelajar institusi pengajian tinggi terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang masih mengatur serta mengekang kebebasan mereka sedikit terubat dengan pengakuan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim bahawa beliau menyokong pemansuhan akta berkenaan.


Adam berkata demikian dalam sesi Dialog Anak Muda: Temu Anwar di KL Convention Centre, KLCC, petang ini


Menurut Adam, percubaan memansuhkan AUKU pernah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan pada 2020 lalu dengan menubuhkan jawatankuasa pemansuhan namun terhenti ketika berlakunya perubahan politik Langkah Sheraton.


Bagaimanapun kata Adam, apabila terbentuk Kerajaan Perpaduan dan Menteri Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Dr Khalid Nordin dilantik ke jawatannya, Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PH telah menanyakan mengenai pemansuhan AUKU.


"Ia dijawab menteri kerajaan bahawa tidak ada cadangan memansuhkan AUKU dan cadangan ini terus dipertahankan. Kemudian saya bertemu Dr Khalid dan cadangkan kepada beliau supaya diadakan townhall bersama pelajar untuk rujuk kembali keputusan dibuat KPT


"Ahli Parlimen baik kerajaan dan pembangkang terus persoal di parlimen dan saya yakin AUKU akan dimansuhkan (suatu hari nanti), " katanya dalam sesi soal jawab anak muda bersama menteri.


Namun menurut Adam, ada dua pindaan dibuat berkenaan AUKU. Salah satunya, kebenaran pelajar menguruskan persatuan dan akaun kewangan sendiri. Beliau berharap pindaan tersebut akan menjadi katalis kepada pemansuhan AUKU pada masa hadapan.


"Saya nyatakan AUKU perlu dimansuhkan. Ini tanggungjawab kolektif dalam kerajaan.


"Saya menjadi salah seorang anggota kerajaan (menyatakan) akta ini perlu dimansuhkan," katanya lagi.


コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page