top of page

Suasana hiba mengenang Allahyarhamah Ermeemarianna



Oleh: Abdullah Zaid


Suasana hiba menyelubungi majlis tahlil dan bacaan Yassin buat Allahyarhamah Ermeemarianna Saadon di kediaman rasmi Ketua Wanita KEADILAN di Putrajaya, malam tadi.


Majlis ringkas itu disertai lebih 30 orang termasuk ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan arwah dianjurkan untuk mengenang semula jasa pemimpin Wanita KEADILAN itu kepada parti.


Dalam pada itu, Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina Sidek menyifatkan pemergian ibu kepada dua orang anak tersebut memberi kesan mendalam kepada dirinya dan mengakui jasa arwah begitu besar kepada parti khususnya sayap wanita.


"Mengingati beliau sebagai seorang yang sangat kental dan kuat semangat malah berani untuk berkorban apa sahaja sememang tidak boleh disangkal lagi.


"Komitmen yang beliau tunjukkan dalam memperjuangkan nasib rakyat sudah semestinya akan kekal diingati dan dekat pada kita semua.


"Malah, bila saya imbau semula perbualan akhir kami masih berkisar tentang perjuangan," katanya.


Ucapan Fadhlina turut menzahirkan penghargaan kepada keluarga beliau yang bersama-sama menyokong tokoh wanita itu memaknai liku perjuangan.


"Saya ingin ucapkan buat keluarga dan anak-anak yang memberi ruang dan masa untuk bersama-sama perjuangan ini.


"Oleh itu, saya berharap agar semangat perjuangan itu akan sentiasa bersama kita dalam memberi khidmat kepada masyarakat, mudah-mudahan beliau ditempatkan bersama para solihin," ujarnya lagi.


Ermeemarianna Saadon, 46 Ketua Wanita Cabang Petaling Jaya, meninggal dunia pada 4 Januari lalu sehari selepas selesai beliau dan keluarga mengerjakan ibadah umrah.


Ahli Majlis Zon 18 MBPJ itu meninggalkan dua cahaya mata Muzafar Mat Puat, 12 dan Ainnur Mardhiah Mat Puat, 5 serta balu Mat Puat Shahriman, 51.


Sebelum ini, beliau pernah menjawat Naib Ketua Wanita Selangor selain memegang Ketua Wanita Cabang Petaling Jaya sejak tahun 2014.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page