top of page

Suara Anak Kedah desak Sanusi jawab kegagalan tadbir negeri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 25
  • 1 min read

Pengerusi Sekretariat Suara Anak Kedah menyerahkan memorandum kepada wakil MB Kedah
Pengerusi Sekretariat Suara Anak Kedah menyerahkan memorandum kepada wakil MB Kedah

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didesak segera menyelesaikan pelbagai isu utama yang membelenggu rakyat negeri itu.


Pengerusi Sekretariat Suara Anak Kedah, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak berkata, selain itu pihaknya memberi tempoh dua minggu kepada Kerajaan Negeri untuk menjawab 10 kegagalan utama pentadbiran Muhammad Sanusi.


"Kerajaan negeri gagal menangani isu kadar pengangguran, dengan lebih 100,000 anak muda Kedah masih tidak mempunyai pekerjaan meskipun kerajaan mendakwa berjaya membawa masuk pelaburan besar.


"Sektor pelancongan juga lemah. Fasiliti asas di lokasi tumpuan terbiar, tahap kebersihan rendah, manakala Langkawi gagal menjana limpahan ekonomi kepada penduduk setempat yang terus hidup dalam kesusahan," katanya dipetik.


Sulaiman sebelumnya hadir ke Wisma Darul Aman bagi menyerahkan memorandum tuntutan kepada Kerajaan Negeri.


Memorandum diterima Ketua Kerani Pejabat Menteri Besar, Mohd Zohir Md Rejab, bagi pihak Muhammad Sanusi itu turut membangkitkan isu alam sekitar yang menjejaskan kesihatan, keselamatan penduduk serta biodiversiti.


"Kami menuntut penutupan segera kuari di Gunung Pulai dan Gunung Baling yang beroperasi berhampiran penempatan penduduk," tegas Sulaiman.


Selain itu, memorandum juga menggariskan isu kenaikan premium geran tanah, nasib penjaja kecil, serta kegiatan pembalakan yang didakwa berisiko mencetuskan bencana alam.


Isu pembangunan yang hanya tertumpu di Kulim yang menyebabkan daerah pedalaman seperti Baling, Sik dan Yan terus terpinggir daripada arus pembangunan juga dibangkitkan.


"Slogan The Greatest Kedah yang dicanang Kerajaan Negeri hanya retorik politik yang gagal diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat.


"Kami mohon Menteri Besar menunaikan janji dan memberikan jawapan secara jujur, tanpa emosi atau dendam. Sebagai anak Kedah, kami berhak bersuara selagi tidak melanggar undang-undang," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page