top of page

Stuktur ekonomi negara perlu diubah untuk lebih mampan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 16, 2023
  • 1 min read


Malaysia perlu menstruktur semula ekonomi negara bagi mengelakkan terdedah kepada persekitaran ekonomi global tidak menentu ketika ini.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata ekonomi negara ketika ini bergantung kepada tiga sektor utama iaitu minyak dan gas (O&G), komoditi dan semikonduktor yang sangat terdedah kepada risiko faktor luaran.


Justeru negara tegasnya, perlu beralih kepada ekonomi digital dan peralihan tenaga yang dilihat lebih mampan serta kurang terkesan dengan pelbagai isu global.


"Jika kita terus bergantung kepada tiga sektor yang disebutkan tadi, mungkin sukar untuk kita terus berkembang. Ketika ini, ramai mengatakan ekonomi dunia merosot dan ada mengatakan ia menjurus ke arah kemelesetan.


"Kita perlu beralih kepada ekonomi digital dan tenaga baharu untuk kekal lestari di rantau ini," katanya dalam satu sidang media selepas perasmian Pusat Revolusi Perindustrian Keempat Malaysia (Pusat 4IR Malaysia) di Kuala Lumpur pada Isnin.

Pusat 4IR Malaysia yang dibangunkan dengan Forum Ekonomi Dunia (WEF) itu merupakan pusat pertama seumpamanya di rantau ASEAN.


Ia bakal menjadi platform bagi pemimpin kerajaan dan perniagaan, ahli akademik dan pakar untuk mewujudkan hab inovasi dan kepakaran bagi memanfaatkan potensi teknologi baru muncul sekaligus memacu transformasi Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi, inklusif dan peneraju serantau dalam ekonomi digital.


Sementara itu, Rafizi turut menegaskan penstrukturan semula ekonomi itu penting bagi mengekalkan prestasi pertumbuhan Malaysia.


Walaupun pencapaian pertumbuhan ekonomi Malaysia iaitu 5.6 peratus pada suku pertama melepasi jangkaan ramai pihak, namun jelasnya prestasi berkenaan amat sukar dikekalkan jika negara terus bergantung kepada sektor yang menerima pendedahan langsung ekonomi global.


"Pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara mengejutkan ramai pihak. Pencapaian kita diraih hasil daripada kedudukan negara sebagai negara pengeksport pembuatan. Malah, kita masih terdedah dengan apa jua keputusan yang dibuat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS)," katanya.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page