top of page

Struktur monopoli, kartel perlu diperbetulkan - William Leong



Putrajaya dicadangkan agar menghapuskan monopoli dan kegiatan kartel dengan membuka pasaran import barangan kepada lebih banyak syarikat.


Ahli Parlimen Selayang dari Pakatan Harapan, Willian Leong Jee Keen berkata melalui langkah tersebut struktur pasaran negara dapat 'diperbetulkan' sekaligus mampu memberi penawaran harga barangan lebih kompetitif kepada pengguna.


"Masalah harga makanan dan kos sara hidup tinggi muncul daripada masalah struktur pasaran.


"Monopoli dan kartel mengambil kesempatan ke atas pengguna. Harga produk dinaikkan semberono sehingga ke tahap tidak masuk akal.


"Penyalahgunaan kuasa oleh pemain pasaran dominan atau monopoli perlu ditangani untuk menjamin pertumbuhan ekonomi yang mampan," katanya.


Leong sebelumnya membahas Rang Undang-undang Perbekalan di Dewan Rakyat semalam.


Dalam perbahasan itu juga beliau mendakwa monopoli beberapa syarikat besar terhadap bekalan barang keperluan seperti tepung gandum, beras dan minyak sawit menyebabkan restoran serta peruncit terdedah kepada kenaikan harga dan bekalan tidak stabil.


Monopoli juga jelasnya telah menyebabkan pengguna rugi kerana kurang pilihan, harga tinggi dan kualiti barangan rendah.


Justeru Putrajaya tegasnya perlu memainkan peranan sebagai penjaga berbanding pemain perdagangan dalam ekonomi dengan menggalakkan persaingan dalam pasaran.


"Saya mencadangkan kerajaan membuka pasaran dan membenarkan lebih banyak perusahaan mengimport barangan


"Malaysia perlu mempunyai pasaran terbuka dan berdaya saing dengan harga barangan ditentukan pasaran, bukannya ditetapkan kerajaan atau sesiapa pun.


"Kebebasan ekonomi bermaksud persaingan penuh bagi memastikan harga berfungsi secara organik," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page