top of page

Strategi tangani tarif AS: Lindungi sektor PKS, pertanian kekal daya saing

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 minutes ago
  • 2 min read


Oleh: Hasbul Ahmad


Ketua KEADILAN Cabang Pengerang, Faizul Abdul Ghani berkata langkah kerajaan mengatur enam strategi untuk memastikan kestabilan ekonomi dan mempertahankan kepentingan negara susulan tarif timbal balas oleh Amerika Syarikat (AS) membantu ramai pengusaha kecil dan sederhana (PKS) di negara ini.


Faizul yang juga merupakan pengusaha tanaman nanas di Simpang Renggam berkata, strategi tu dijangka dapat mengekalkan daya saing produk tempatan di pasaran serantau dan global.


"Kebanyakan pengusaha di Malaysia memberi tumpuan kepada penanaman dan hasilnya seperti buah-buahan dijual kepada syarikat pengeksport untuk dipasarkan di luar negara.

Faizul Abdul Ghani
Faizul Abdul Ghani

"Maka langkah kerajaan melalui strategi untuk membantu pengusaha PKS ini boleh menstabilkan harga borong di peringkat tempatan, sekaligus membela nasib ribuan pengusaha pertanian," kata Faizul kepada Suara Keadilan.


Dalam pada itu beliau berharap strategi tersebut merangkumi kebarangkalian peningkatan harga alat ganti mesin, baja, dan bahan mentah lain yang diimport dari Amerika Syarikatt, meskipun kesannya masih terkawal susulan sebahagian perkakasan, mesin dan bahan alat ganti diimport dari Jepun dan Eropah.


"Memang ada kesan. Kawan-kawan pun dah mula rasa harga spare part naik. Contohnya alat untuk kilang, pertanian, dan juga baja proses pun ada naik sedikit, tetapi buat masa ini tak terlalu teruk. Ramai juga masih import dari Rusia atau Jerman," kata Faizul lagi.


Beliau turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan konsortium yang dikelola kementerian berkaitan bagi menangani potensi lambakan produk yang tidak dapat ditampung oleh syarikat pengeksport.


Katanya ini kerana salah satu kekangan utama industri kini ialah kekurangan kilang pemprosesan tempatan selepas penutupan beberapa fasiliti utama dalam dua tahun kebelakangan ini dan menyukarkan petani untuk menembusi pasaran bernilai tinggi seperti Jepun dan Timur Tengah yang memerlukan produk dalam bentuk siap proses.


"Kalau dulu ada kilang besar, sekarang ada yang sudah ditutup selepas pandemik Covid-19. Kebanyakan petani sekarang hanya tanam dan hasilkan produk mentah. Untuk eksport kita kena harap syarikat lain yang urus. Itu pun mereka pun hadapi cabaran logistik dan kuantiti.


"Sekarang ini kita perlukan syarikat Malaysia yang besar dan mampu urus hasil tani agar produk kita bukan sekadar dieksport mentah, tetapi ada nilai tambah – dalam tin, atau produk berjenama," jelas beliau.


Faizul menambah inisiatif kerajaan untuk meneroka pasaran baru merupakan langkah proaktif dan komitmen berterusan menjamin kelangsungan sektor pertanian, perkilangan dan industri kecil sederhana.


"Selain strategi jangka pendek seperti subsidi eksport, pengusaha berharap kerajaan menumpukan kepada pengukuhan sektor pemprosesan tempatan.


"Perlu diwujudkan lebih banyak syarikat tempatan berkaliber yang mampu membeli hasil tani secara besar-besaran dan menukarkannya kepada produk bernilai tambah untuk dipasarkan di negara pasaran baru," katanya lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page