top of page

'Kerja kerajaan bukan berharap tetapi harus memberi harapan kepada rakyat' - Anwar


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu gunakan data dan sains data bagi mengoptimumkan keberhasilan program vaksinasi Covid 19 kebangsaan.


Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Strategi Pasca Covid-19 (PSPC19) yang dilaksanakan oleh sekumpulan pakar di bawah pejabat beliau merupakan sebuah inisiatif untuk mengajak semua pihak berkepentingan bekerjasama dan berkongsi, serta memanfaatkan data serta kepakaran bagi membawa negara dan rakyat keluar dari pandemik Covid-19 secara tuntas.


"Antara objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat umum tentang wabak Covid-19 melalui program-program temubual, perkongsian maklumat dan data


"Ia melibatkan para pemegang taruh, pihak berkuasa dan juga pakar dari Malaysia dan dari mana-mana negara untuk mencari formula terbaik untuk membendung Covid-19


"Juga membangunkan suatu sistem yang mampu mengumpul, menapis, menganalisa serta berkongsi data dengan pelbagai pihak berkepentingan untuk penyelidikan, analisa serta membantu dalam merangka kebijakan," katanya.


Terdahulu, Ahli Parlimen Port Dickson itu menyatakan kesal dengan sikap kerajaan PN yang tidak mencari solusi bersesuaian mengekang wabak Covid 19 yang menyerang Malaysia sejak setahun lalu.


"Saya merasakan tahap kesabaran rakyat sudah di tahap maksimum dan mereka kecewa melihat kepada kebijakan pemerintah terkait pandemik yang seperti tidak ada arah tujuan dan tidak membawa impak yang meyakinkan.


"Kerja kerajaan bukan berharap, tetapi harus memberi harapan kepada rakyat. Apa yang kita lihat hari ini sangat bercelaru.


"Melihat ke depan, kita perlukan lebih banyak kerjasama dan juga sikap keterbukaan. PSPC19 akan menyumbang ke arah ini, dengan jaminan kepada beberapa prinsip, yakni inklusif, kolaboratif, serta pendekatan yang mampu menyelesaikan permasalahan," katanya.


Perkara yang penting, kata Pengerusi Pakatan Harapan itu lagi, pasukannya akan menggunakan data dan sains data dalam mengesyorkan jalan menambahbaik strategi vaksinasi, mendukung warga yang terkesan teruk dengan langkah PKP dan juga meningkatkan Intervensi Bukan Farmasi (NPI) dengan matlamat melindungi rakyat serta membuka kembali sektor ekonomi dengan selamat.




0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page