top of page

'Strategi berlindung di belakang perintah darurat, lemah, keji'


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diingatkan agar lebih bermaruah dalam pendekatan politik setelah Yang di-Pertuan Agong mengulangi titah untuk segera membuka sidang Parlimen.


Menurut Pengerusi Majis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, tindakan kerajaan PN yang 'membeli waktu' melengah-lengahkan tarikh pembukaan Parlimen hanya menyukarkan lagi perang melawan pandemik Covid 19 dan menghalang ekonomi untuk pulih secara cepat sebaik sahaja pandemik berakhir.


"Titah dari Istana begitu jelas mengingatkan persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Seluruh Ahli Parlimen bahkan rakyat memerhati dan memahami bahawa peringatan yang disebut sebanyak dua kali oleh Seri Paduka Baginda ini membawa makna yang segera (bukan ditangguhkan beberapa bulan).


"Sebagai sebuah kerajaan yang terbukti lemah dan cuak, ternyata strategi menutup pintu Parlimen serta bermain dengan perintah darurat semata-mata, bersifat politik dan keji.


"Mengambil semangat titah Seri Paduka Baginda yang mengutamakan situasi kesihatan dan ekonomi rakyat, bukalah Parlimen sesegera mungkin. Bentangkan segala pelan dan tindakan dan kita bahas bersama," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Parimen Ledang itu lagi, tanpa pembukaan Parlimen tidak mungkin perbelanjaan kerajaan, pengagihan vaksin atau pelan pemulihan ekonomi dapat dibahas dan diambil keputusan terbaik.


Malah pelaksanaan Belanjawan 2021 sedia ada pun, katanya, lintang pukang tanpa semak dan imbang yang sewajarnya,.


"Saya dengan rendah diri menjunjung kasih atas keprihatinan Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu sekelian terhadap pasak demokrasi dalam negara ini.


"Oleh itu, situasi kritikal menghadapi pandemik ini menuntut agar sistem demokrasi berparlimen kita ini menjadi kunci ke arah negara yang bebas dari bahana penyakit dan kewangan (dengan tindakan bersama)," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page