top of page

STR meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700 setahun



Kerajaan dalam Belanjawan 2024 memperuntukkan RM58.1 bilion disediakan untuk membiayai pelbagai bentuk pemberian Kerajaan kepada rakyat merangkumi subsidi, insentif dan bantuan.


Menurut Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebanyak RM225 juta disediakan untuk membiayai kos pengedaran barangan keperluan asas seperti petrol, LPG, tepung, beras dan minyak masak ke kawasan desa serta pedalaman di bawah Program Community Drumming.


"Kerajaan menyediakan 200 juta ringgit untuk meneruskan pelaksanaan Payung Rahmah (sedia ada)," katanya.


Manakala Sumbangan Tunai Rahmah (STR), menurut PM akan ditingkatkan amaunnya berikutan kenaikan kos sara hidup semasa.


Pemberian STR, kata beliau, akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia


"Peruntukan STR meningkat sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.


"Kadar maksimum STR juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700.


"Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500," katanya.


Tahun ini, kata PM lagi, kerajaan telah perkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan mengkreditkan ke dalam myKad 200 ribu penerima STR sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh enam bulan. Melalui SARA, penerima hanya perlu ke kedai-kedai runcit untuk memberi keperluan asas hanya dengan menggunakan myKad.


Mengambil kira maklum balas yang amat baik, tambah PM, Kerajaan memutuskan untuk meluaskan manfaat SARA kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.


* Kredit foto: Jabatan Penerangan Malaysia


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page