top of page

STPM tercicir: Laksana reformasi sistem pengambilan pelajar universiti awam

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 16 minutes ago
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Keciciran pelajar lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dalam kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT) agak membimbangkan.


Sehubungan itu, menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) perlu mengambil langkah segera bagi mereformasikan sistem pengambilan pelajar universiti awam (UPU) susulan penurunan ketara kemasukan pelajar STPM ke bidang utama tahun ini.


Katanya, reformasi perlu mengambil kira empat aspek seperti ketelusan dan keterbukaan dengan mewajibkan pendedahan markah minimum setiap universiti dan kursus setiap tahun agar masyarakat jelas dengan piawaian pengambilan, selari dengan semangat ketelusan Kerajaan MADANI.


Aspek kedua kata beliau, adalah menambah kuota di universiti kejuruteraan utama terutamanya di Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang merupakan institusi teras kejuruteraan negara.


''Selain itu keutamaan perlu diberikan kepada pelajar STPM cemerlang, dan pada masa sama memastikan pelajar dengan PNGK 4.0 diberi peluang keutamaan seperti pelajar Matrikulasi.


''Aspek terakhir ialah mengoptimumkan pengagihan tempat, mengelakkan jurang kemasukan yang melampau antara universiti, contohnya UM hanya menerima dua pelajar manakala Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sehingga 35 orang.


''STPM tidak seharusnya dilihat sebagai pilihan kedua, dan pelajar STPM tidak boleh dianggap sebagai pelajar kelas kedua.


''Mereka adalah tonggak masa depan negara dalam bidang kejuruteraan dan teknologi, jadi kerajaan mesti menjamin sistem lebih adil dan telus bagi menghargai usaha mereka, demi membina asas kukuh pembangunan industri dan teknologi Malaysia pada masa depan,'' katanya menerusi satu kenyataan.


Tegas Chean Chung, sekiranya pelajar STPM cemerlang tersisih daripada peluang di institusi penyelidikan, maka ia akan merencatkan keupayaan negara untuk membina bakat kejuruteraan bertaraf dunia.


Meskipun jumlah keseluruhan kemasukan bertambah, katanya, peluang untuk memasuki universiti awam (UA) utama negara sebaliknya tidak menunjukkan sebarang peningkatan.


''Ini bermaksud ramai pelajar cemerlang STPM yang memperoleh keputusan terbaik dalam Matematik, Fizik dan Kimia, malah dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) maksimum 4.0, masih gagal mendapat tempat dalam kursus pilihan mereka.


''Perlu ditegaskan bahawa Kerajaan MADANI sering menekankan hasrat untuk membangunkan Industri 4.0, tenaga hijau, kecerdasan buatan (AI) dan industri semikonduktor.


''Justeru, permintaan terhadap tenaga pakar kejuruteraan adalah lebih mendesak berbanding sebelum ini,'' katanya lagi.


Bagaimanapun, ujar Chean Chung, mekanisme pemilihan UPU yang kaku telah menyebabkan pelajar cemerlang STPM gagal menempatkan diri di universiti kejuruteraan berdaya saing.


Hal itu katanya membawa kepada ketidakpadanan bakat, membazirkan usaha gigih pelajar sepanjang 1.5 tahun pengajian dan akhirnya merugikan daya saing negara.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page