top of page

Stoking Kalimah Allah: Polis Johor rampas stoking, laku pemeriksaan menyeluruh



Oleh: Abdullah Zaid


Polis merampas lima pasang stoking mempunyai tertera kalimah Allah dipercayai dipulangkan oleh rangkaian kedai serbaneka ketika melakukan pemeriksaan menyeluruh di sebuah kilang di Taman Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat, semalam.


Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata seramai 40 anggota polis dikerahkan untuk menyiasat kilang syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd yang dipercayai menjadi lokasi bagi urusan pembungkusan dan pengedaran stoking tersebut.


"Anggota telah membuat serbuan dan pemeriksaan menyeluruh di sebuah kilang di Taman Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat.


"Pihak polis telah merampas sebanyak lima pasang stoking mempunyai kalimah Allah di kilang tersebut.


"Hasil siasatan mendapati pengurus kilang mendakwa telah membeli stoking tersebut dari sebuah syarikat di China," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah kenyatan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Dalam pada itu, Kumar turut mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu penjualan stoking tersebut.


"PDRM Johor menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan serta tindakan lanjut," ujarnya.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page