top of page

Pusat khidmat tutup: Steven Sim tempelak kenyataan pemimpin Pas

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 5
  • 1 min read
ree

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong (gambar) membidas tindakan Yang Dipertua Pas Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad yang didakwanya cuba mempolitikkan isu penutupan pusat khidmat beliau pada Khamis lalu.


Steven Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam menegaskan, tindakan Zaharudin memuat naik video mendakwa hadir sebanyak dua kali ke pusat khidmatnya namun mendapati pejabat tidak dibuka seolah-olah bertujuan membayangkan pusat tersebut tidak beroperasi.


"Padahal, notis penutupan sudah ditampal lebih awal memaklumkan bahawa pusat khidmat ditutup pada 3 Julai. Malah, kami turut memaparkan empat nombor telefon untuk dihubungi jika berlaku kecemasan.


"Saya tidak tahu sama ada beliau tidak faham Bahasa Melayu atau memang sengaja mahu mencipta persepsi jahat," katanya dalam video TikTok.


Sim menjelaskan penutupan pada tarikh tersebut adalah kerana semua kakitangannya menghadiri upacara penghormatan terakhir mendiang datuk beliau.


"Di kala keluarga kami bersedih dengan pemergian datuk tersayang, pemimpin Pas itu mengambil kesempatan bermain politik. Ini bukan kali pertama beliau mencipta persepsi yang bukan-bukan," katanya.


Difahamkan, kunjungan Zaharudin ke pusat khidmat Steven Sim adalah untuk menyerahkan surat tuntutan (LOD) dan menuntut permohonan maaf daripada ahli politik itu.


Zaharudin mendakwa Steven Sim telah menuduhnya menghina pelantikan Datuk Johnny Lim Eng Seng sebagai Leftenan Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Sementara itu mengakhirnya kenyataannya, Steven Sim mengulangi pendirian bersedia berdepan Zaharudin di mahkamah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page