top of page

Pemimpin Bersatu kata tunggu Isnin ini - Amin Ahmad


Kemelut politik negara semakin berlanjutan apabila dua pemimpin Bersatu, Datuk Seri Redzuan Yusof dan Shahruddin Md Salleh dilaporkan bakal meletakkan jawatan menteri dan mengalihkan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.


Malah, kedua-dua Ahli Parlimen tersebut sepatutnya membuat sidang media hari ini, namun setiausaha politik kepada Redzuan menafikan perkara tersebut dengan menjelaskan beliau masih dalam kuarantin.


Namun, status mereka berdua masih menjadi tanda tanya apabila Ahli Parlimen Kangar, Amin Ahmad memberi bayangan bahawa akan berlaku sesuatu yang tidak terjangka dalam arena politik negara pada masa terdekat.


"Seorang pemimpin Bersatu mesej saya beritahu dia difahamkan Isnin ini akan cukup dramatik. Saya tak ada maklumat. Saya hanya kata sarang tebuan sudah terjolok," katanya secara ringkas di Twitter.


Redzuan merupakan Ahli Parlimen Alor Gajah dan kini memegang jawatan Menteri Tugas-tugas Khas, manakala Shahruddin pula adalah Ahli Parlimen Sri Gading dan kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.


Dalam sidang media yang sepatutnya diadakan hari ini, butirannya adalah mengenai peletakan jawatan sebagai menteri, namun soal peralihan sokongan belum dapat disahkan.


Jika Redzuan dan Shahruddin benar-benar mahu mengalihkan sokongan mereka, ini bermakna spekulasi berkenaan Pakatan Harapan (PH) yang mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen bakal menjadi kenyataan.


Spekulasi itu sendiri dikuatkan dengan kenyataan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa PH sedang berusaha berunding bagi pembentukan kerajaan baharu namun tidak terikat kepada angka-angka yang dimainkan oleh media sosial.


Seperti spekulasi sebelum ini, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang terdiri daripada 18 Ahli Parlimen juga dilaporkan akan beralih sokongan.


Ini bermakna, jika Redzuan dan Shahruddin berpaling, PH mempunyai 111 sokongan Ahli Parlimen, dan jika ditambah Ahli Parlimen GPS maka majoriti cukup untuk membentuk kerajaan baharu sekiranya diperkenankan oleh Yang Diperuan Agong.


Adakah ini pengakhiran Perikatan Nasional?

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page