top of page

Statistik pekerja asing Anwar bukan berita palsu - Farhash

Oleh: Redzuan Shamsudin


Setiausaha Politik Presiden KEADILAN, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menolak dakwaan Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengungkapkan satu kenyataan palsu dalam siaran di media sosial beliau baru-baru ini sehingga Exco Pemuda Umno itu membuat laporan polis. Menurut Farhash, angka statistik yang dirujuk oleh Anwar telah dilaporkan di dalam Berita Harian bertarikh 19 Mac 2019 dan dipetik dari sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Sekretariat Khidmat Imigran (SKI). Akhbar tersebut melaporkan warga asing yang berstatus pendatang asing tanpa izin di Malaysia melebihi jumlah pekerja asing yang memiliki dokumen dan permit sah. "Berdasarkan statistik NGO itu, lebih 6.7 juta pekerja asing, bekerja dalam pelbagai sektor terutama pembinaan dan peladangan. Daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta mempunyai permit, bermakna ketika itu ada lebih 4.6 juta warga asing bekerja secara tidak sah di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan. Sehubungan itu, menurut Farhash dakwaan yang dibuat Wan Muhammad Azri atau Papagomo adalah tuduhan yang memesongkan fakta. Katanya, tujuan Anwar membuat kenyataan sedemikian untuk mengingatkan isu berkenaan ujian kes Covid-19 bagi pekerja-pekerja asing yang terhad dan mungkin memudaratkan keadaan sebagaimana yang sedang dihadapi kerajaan Singapura. Kes Covid 19 melibatkan buruh asing di Singapura pada hujung April lalu meningkat mendadak menyebabkan republik berkenaan melaksanakan lockdown mengejut. Peningkatan kes melebihi 1,000 sehari ketika pihak berkuasa mula melaksanakan ujian saringan besar-besaran ke atas mereka meningkatkan kebimbangan perkara yang sama boleh berlaku di Malaysia. Situasi di negara ini, ujian saringan besar-besaran masih belum dilakukan ke atas pekerja asing dan menimbulkan tanda tanya status kesihatan mereka sekiranya kegiatan ekonomi dibuka semula.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page