top of page

SST: Persatuan perusahaan kecil, sederhana hargai keprihatinan kerajaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 28
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menyatakan penghargaan dan rasa puas hati terhadap langkah proaktif Kerajaan MADANI yang menyemak semula pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).


Presiden SAMENTA, Datuk William Ng berkata, semakan semula itu membuktikan keprihatinan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap isu yang dibangkitkan.


"Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana cakna terhadap kebimbangan kami. Keputusan memberikan kelegaan besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS)

Datuk William Ng
Datuk William Ng

"Walaupun kami akan terus memperjuangkan pendekatan yang seimbang dan mesra PKS dalam reformasi cukai akan datang, kami menganggap isu ini telah selesai dan tidak akan menuntut sebarang konsesi tambahan daripada kerajaan berkaitan peluasan SST," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Terdahulu, Kerajaan MADANI mengumumkan tiga pindaan terhadap skop peluasan SST yang bakal bermula 1 Julai ini.


Antara pindaan tersebut ialah hanya perniagaan dengan jualan melebihi RM1 juta setahun akan dikenakan Cukai Perkhidmatan sebanyak 8%.


Selain itu dua lagi pindaan yang diputuskan MOF ialah pengecualian cukai ke atas beberapa jenis buah-buahan import terpilih iaitu epal, oren, limau mandarin dan kurma.


Kerajaan turut membatalkan cadangan mengenakan Cukai Perkhidmatan terhadap perkhidmatan kecantikan seperti rawatan kuku, wajah, pendandan rambut dan gunting rambut,.


MOF dalam kenyataannya berkata, langkah tersebut mencerminkan iltizam Kerajaan untuk melaksanakan dasar fiskal yang progresif dan adil, tanpa mengabaikan kesejahteraan rakyat dan kelangsungan sektor perniagaan kecil dan sederhana.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page