top of page

SSPN: Syed Saddiq perlu kaji dulu sebelum buat kenyataan - Razeef

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 30, 2023
  • 2 min read


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman semalam memohon maaf terkilaf dalam ulasan awalnya berkaitan pemansuhan pelepasan cukai Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang dimuatnaik di Twitternya.


Melalui muat naik terbaharu di Twitternya, Presiden parti MUDA itu berkata, beliau amat berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memutuskan untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sehingga tahun 2024.


"Saya mohon maaf atas keralatan dan kekeliruan caption saya. RM8,000 yang hilang adalah dari segi pelepasan cukai dan bukan kehilangan wang secara langsung," ciapnya.


Terdahulu Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Razeef Rakimin mengkritik Syed Saddiq agar membetulkan ulasannya berhubung isu tersebut.

Razeef Rakimin

Menurut beliau, dakwaan asal Syed Saddiq bahawa keluarga M40 bakal hilang RM8,000 setahun yang dikhususkan untuk pendidikan anak-anak mereka adalah tidak tepat dan terpesong daripada hakikat sebenar.


"Kenyataan Syed Saddiq seolah kerajaan akan memotong RM8,000 setiap tahun dan ini boleh menimbulkan kegusaran kepada pencarum.


"Beliau juga berkata jika simpanan selama sepuluh tahun maka RM80,000 akan lesap bagi setiap keluarga M40. Kenyataan Syed Saddiq tidak menggambarkan perkara sebenar," kata Razeef.


Razeef turut mengingatkan supaya isu tersebut seharusnya dikaji oleh Syed Sadiq sebelum sebarang kenyataan dikeluarkan.


Beliau menyarankan pada masa hadapan agar Syed Sadiq berhati hati sebelum membuat sebarang ulasan yang boleh digunakan pihak lawan menyerang Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri.


Untuk rekod, SSPN telah diperkenalkan tahun 2004 sebagai salah satu tabungan pendidikan untuk kanak kanak.


Pada tahun 2012, pelepasan cukai SSPN sebanyak RM 6,000 telah diperkenalkan untuk menggalakkan orang ramai mencarum. Pelepasan cukai itu tamat pada tahun 2018


Pada tahun 2018, pelepasan cukai SSPN telah dilanjutkan sehingga tahun 2022. Nilai pelepasan cukai dinaikkan dari RM 6,000 kepada RM 8,000


Dalam Belanjawan 2023, Menteri Kewangan melanjutkan pelepasan cukai SSPN sebanyak RM 8,000 setahun. Kerajaan memperuntukkan kos sehingga RM 250 juta setahun dan akan memberi manfaat lebih dari 400,000 orang pembayar cukai

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page