top of page

SSPA: KSN sifatkan pentadbiran Anwar sebagai berani



Pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai kerajaan yang berani kerana berupaya melaksanakan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu program di Putrajaya pada Selasa berkata, isu penyelarasan gaji penjawat awam bukan perkara baharu dan sudah lama dibincangkan selain tiada kenaikan sejak hampir 12 tahun lalu.


Malah beliau bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) pada paginya berbincang dengan Perdana Menteri mengenai perkara itu dan apa yang akan dibawa kepada mesyuarat jemaah menteri.


"Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin, beri keutamaan kepada kebajikan penjawat awam dan sebenarnya ini bukan perkara baharu, lama dah kita bincang.


"Sebab itu saya lihat kerajaan yang ada hari ini paling berani melaksanakan perkara ini," katanya dipetik dalam program yang turut disertai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz; Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki itu.


Anwar baru-baru ini berkata, hasil kajian SSPA dijangka diumumkan selewat-lewatnya suku keempat tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata, sudah tiba masanya proses berkenaan dipercepatkan bagi memberi manfaat kepada penjawat awam seluruh negara.


Sementara itu Mohd Zuki berkata, Perdana Menteri turut menyatakan hasratnya yang mahukan reformasi dilakukan dalam perkhidmatan awam negara ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page