top of page

SSM tawar diskaun kompaun hingga 95%, ringan beban komuniti perniagaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 15
  • 2 min read

Datuk Armizan menyerahkan wang zakat korporat SSM kepada rumah kebajikan terpilih
Datuk Armizan menyerahkan wang zakat korporat SSM kepada rumah kebajikan terpilih

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) memperkenalkan empat inisiatif termasuk tawaran diskaun antara 90 hingga 95% daripada nilai asal bagi kesalahan di bawah Akta Syarikat dan pengurangan caj pengiklanan digital Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).


Inisiatif tersebut diperkenalkan sempena sambutan ulang tahun ke-23 penubuhan suruhanjaya tersebut.


Menterinya Armizan Mohd Ali dalam kenyataan berkata, inisiatif itu bertujuan memperkukuhkan ekosistem perniagaan, meningkatkan tahap pematuhan korporat serta mengurangkan beban komuniti perniagaan terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).


"Inisiatif itu melibatkan pengurangan kompaun 90% daripada nilai asal bagi kesalahan lazim di bawah Akta Syarikat 1965 atau 2016 serta Akta Akta Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) 2012 yang ditawarkan sehingga 30 September 2025.


"Tawaran juga diberikan melibatkan pengurangan kompaun sebanyak 95% daripada nilai asal kepada syarikat yang layak untuk memohon pemotongan nama di bawah Seksyen 550 Akta Syarikat 2016," kata beliau.


SSM yang ditubuhkan pada 16 April 2002, merupakan salah satu agensi KPDN yang menjadi pendaftar dan pengawal selia korporat negara.


Armizan berkata, syarikat yang tidak lagi beroperasi atau dikenakan kompaun atas kegagalan menyerah Penyata Tahunan, Penyata Kewangan atau ketidakpatuhan lain, kini boleh tampil secara sukarela untuk memohon pemotongan nama dari daftar SSM sehingga 30 September ini.


Beliau memberitahu, SSM juga menawarkan pengurangan kompaun sehingga 95% daripada nilai asal dan pengurangan fi e-Advertisement SSM kepada RM100 bagi PLT yang layak, tertakluk kepada permohonan yang dikemukakan sebelum atau pada 30 September ini.


"Inisiatif ini khusus bagi permohonan penggulungan sukarela di bawah Seksyen 50 Akta PLT 2012, melibatkan PLT yang tidak lagi beroperasi dan dikenakan kompaun atas ketidakpatuhan seperti kegagalan menyerah simpan Perakuan Tahunan," ujarnya.


Terdahulu Armizan berkata SSM memperkenalkan inisiatif perkhidmatan e-Advertisement SSM berdasarkan Seksyen 76A Akta PLT (Pindaan) 2024, notis penggulungan secara sukarela kini boleh disiarkan melalui platform eAdvertisement SSM dengan bayaran hanya RM500.

"Notis tersebut boleh diterbitkan dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau kedua-duanya dan dipaparkan selama tujuh hari di laman web rasmi SSM bagi memastikan capaian meluas," ujarnya.


Ia dapat mengurangkan kos syarikat bagi memenuhi keperluan pengiklanan dengan alternatif yang lebih murah serta menangani isu keterbatasan edaran akhbar cetakan yang tidak meliputi seluruh negara, jelas beliau.


Dalam pada itu, Armizan berkata SSM turut meneruskan usaha pemerkasaan komuniti perniagaan dengan meneruskan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang membolehkan pengecualian fi pendaftaran bagi tahun pertama kepada usahawan B40, pelajar sepenuh masa institusi pengajian tinggi serta pasangan usahawan B40.


"Skim 1 OKU 1 Perniagaan (S1O1P) turut diteruskan dengan pengecualian fi pendaftaran dan pembaharuan perniagaan bagi memberi peluang kepada Orang Kurang Upaya (OKU) untuk menceburi bidang perniagaan secara sah," ujarnya.

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page