top of page

Srikandi Selangor serah sumbangan Deepavali di Ampang



Srikandi Selangor dalam hari-hari menjelang perayaan Deepavali telah berkunjung ke kawasan sekitar Parlimen Ampang untuk menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada penerima beragama Hindu yang terpilih.


Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai berkata, wakil Srikandi KEADILAN cik Devisha bersama wakil komuniti India di Ampang, Sunder yang juga AJK Cabang Ampang telah menjejaki keluarga India miskin di sekitar Taman Halaman dan Taman Kesuma, baru-baru ini.


Menurut Sunder, penyampaian sumbangan tersebut dilakukan di hadapan Kuil Sri Arulmigu Mathurai Veeran Alayam, Taman Halaman.

Seramai 20 wakil keluarga telah hadir menerima sumbangan berupa makanan asas dan snek perayaan seperti muruku.


"Ampang mempunyai sejarah penempatan kaum India yang panjang, dengan adanya beberapa kuil berusia lebih daripada 60 tahun dan sebuah sekolah Tamil.


"Saya percaya KEADILAN tidak pernah meminggirkan masyarakat di Ampang, khususnya kaum India.


"Terima kasih kepada Puan Rayyan dan pasukan Srikandinya yang sering memberi bantuan kepada kami di DUN Lembah Jaya," kata Sunder.


Taman Halaman terletak dalam DUN Lembah Jaya, salah satu DUN di bawah Parlimen Ampang. Ia adalah antara kawasan yang mempunyai populasi kaum India yang ketara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page