top of page

Srikandi Keadilan Wilayah tempa nama, rangkul emas di pentas Sukma

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 3, 2024
  • 1 min read


Oleh: Akmal Manaf


Srikandi Keadilan Wilayah Persekutuan tampil dengan prestasi menbanggakan apabila srikandinya, Nur Eilisha Rania berjaya memenangi pingat emas dalam acara terjun tiga meter papan anjal dan 10 meter platform di sukan Sukma Sarawak 2024 baru-baru ini.


Berita kejayaan itu dikongsi oleh Ketua Srikandi Keadilan Wilayah, Fatin Izzaty Muhammad menerusi satu kenyataan.

Srikandi mencipta nama di peringkat nasional

Bukan itu sahaja, katanya, Srikandi Keadilan Wilayah turut mencipta nama di Karnival Liga Sukan Uniti peringkat negeri Perlis anjuran Kementerian Perpaduan negara pada 28 September lalu dengan merangkul gelaran juara.


"Srikandi Keadilan Wilayah yang diketuai oleh ketua pasukannya, Syahirah, yang juga merupakan Naib Srikandi Keadilan Batu membuat kejutan apabila menjadi juara bagi perlawanan bola jaring itu.


"Sekalung tahniah diucapkan buat semua Srikandi Keadilan Wilayah," katanya dalam kenyataan.


Susulan detik membanggakan itu, Fatin Izzaty merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memberi perhatian, terutama jurulatih En Kamarul yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan Srikandi.


Selain itu beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Wanita Pusat Keadilan, Fadhlina Sidek; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Azman Abidin; Ketua Srikandi Malaysia, Anetha Pillai; Ketua Cabang dan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran dan juga Ketua Wanita Wilayah Persekutan, Rohani Hussin.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page