Oleh: Abdullah Zaid
Prihatin dengan golongan yang memerlukan, Srikandi KEADILAN turun baru-baru ini melakukan ziarah di Rumah Anak Kesayangan Sabah (RAKS).
Timbalan Ketua Srikandi Keadilan Pusat, Wan Zulaikha Abd Kahar berkata, program turun padang itu turut melibatkan pimpinan Wanita KEADILAN Sabah selain Ketua Angkatan Muda KEADILAN Kota Belud, Azhrie Jenaim turut hadir ke program berkenaan.
"Sedikit sumbangan disalurkan kepada Rumah Anak Kesayangan Sabah dengan harapan dapat memberikan sedikit manfaat kepada semua penghuni, tenaga pengajar dan penjaga," katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, Wan Zulaikha turut merakamkan pengharapan agar sumbangan yang disalur dapat dimanfaatkan buat pusat jagaan itu selain berharap hubungan jentera parti bertambah erat.
"Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada warga anak Rumah Anak Kesayangan Sabah dan mengeratkan silaturrahim antara anggota KEADILAN yang hadir," ujarnya.
Untuk rekod, RAKS adalah pusat amal yang menaungi di bawah Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM)
Pusat jagaan itu antara lain membantu golongan anak yatim, fakir miskin dan mualaf di Sembulan Kota Kinabalu selain mengutamakan pendidikan anak-anak yang berusia di antara umur 4 tahun hingga 20 tahun.
Comments