Srikandi KEADILAN anjur forum impak Covid, cabaran PKP



Srikandi KEADILAN menganjurkan forum atas talian, “Mengatasi Impak Covid dan Cabaran PKP” baru-baru ini melibatkan 100 peserta.


Menurut Ahli Kaukus Srikandi KEADILAN, Raiyan Abdul Rahim, forum yang melibatkan wanita muda berumur di antara 18-35 tahun itu mendapat sambutan hangat dan peserta teruja bertemu ikon anak muda, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.


"Dalam forum ini, ada peserta yang membangkitkan isu mengenai kebajikan wanita dan wanita muda. Nurul Izzah menasihatkan supaya diwujudkan persekitaran yang lestari untuk wanita dan anak-anak sebagai agenda utama.


"Beliau juga mengatakan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sepatutnya menjadi Kementerian utama dalam waktu pandemik kerana kebajikan wanita dan keluarga amat terjejas, bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi psikologi dan emosi.

"Malah masalah-masalah tersebut sepatutnya ditangani secara berasingan, termasuklah kes-kes yang timbul melalui panggilan Hotline (Talian Kasih)," kata Raiyan dalam satu kenyataan.

Menurut Raiyan lagi, Nurul juga menyentuh persediaan yang perlu dilakukan oleh wanita muda bagi meningkatkan peluang pekerjaan selepas tamat PKP.


Katanya, Nurul menasihatkan agar wanita muda meningkatkan kemahiran digital serta lebih peka media dan lebih aktif di media sosial.


"Beliau menyentuh berkenaan gig ekonomi dan “digitalisation” yang membantu ekonomi. Pada beliau, wanita muda mempunyai peluang untuk terlibat dalam gig ekonomi tetapi mestilah pandai mengurus masa dan mempersiapkan diri dengan perlindungan, seperti insurans," ujarnya.


Selain itu, menurut Raiyan, ada peserta yang bertanya sama ada PKP merupakan cara terbaik untuk menangani Covid, kerana PKP mempunyai impak kepada dan perniagaan kecil. PKP juga membawa cabaran kepada mahasiswa dan menjejaskan pembelajaran mereka.


Manakala ucapan penutup, kata Raiyan, disampaikan oleh Fuziah Salleh selaku Ketua Wanita KEADILAN.


Bagi Raiyan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat, soalan-soalan yang ditanya dalam forum tersebut menunjukkan kebijaksanaan dan kematangan Srikandi KEADILAN. Beliau yakin Srikandi KEADILAN boleh digarab untuk menjadi pemimpin pelapis yang terbaik demi masa depan parti.

"Dalam forum ini Srikandi menunjukkan mereka peka terhadap keadaan persekitaran dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat setempat.


"Srikandi Keadilan menunjukkan belas kasihan terhadap mereka yang menghadapi kesusahan rakyat kerana PKP, dan dengan penuh keprihatinan, telah membincangkan bagaimana golongan ini boleh dibantu," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio