top of page

Srikandi KEADILAN anjur Back to School bantu KAWAN

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Jan 27, 2021
  • 1 min read


Srikandi KEADILAN menganjurkan program 'Back to School' membantu warga kerja KEADILAN.


Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Raiyan Abdul Rahim (gambar, tiga dari kiri) berkata, bantuan itu khusus untuk kakitangan yang menggerakkan parti KEADILAN sejak sekian lama bagi menghargai sumbangan mereka.


"Saya amat menghargai kakitangan dan warga kerja KEADILAN; mereka adalah sebahagian yang integral kepada parti dan perjuangan kita. Semoga Tuhan memberkati segala usaha mereka dan merahmati mereka sentiasa," katanya.


Raiyan menyerahkan sumbangan berupa beg dan alat tulis kepada Pengerusi KAWAN (Kelab Warga Kerja Keadilan Malaysia) Saudara Rezal (gambar, tiga dari kanan), di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat.


Turut hadir dalam majlis itu SUK Wanita (Saudari Awin), SUK Penerangan (Saudari Ifah) dan SUK Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha KAWAN (Saudari Elis).


Juga Saudari Sivamalar, Pengerusi Biro Ekonomi dan Keusahawanan Majlis Pimpinan Wanita Pusat dan Saudari Junn, Ketua Kaukus Srikandi Sabah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page