Srikandi KEADILAN alu-alukan cuti tambahan Deepavali oleh KPM
- Suara Keadilan

- Oct 8
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Srikandi KEADILAN menyambut baik pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung pemberian cuti tambahan sempena sambutan Deepavali 2025.
Ketua Srikandi KEADILAN Perlis, Lagini Pala (gambar) berkata, langkah itu mencerminkan keprihatinan KPM terhadap kesejahteraan warga pendidik dan pelajar yang telah berusaha gigih sepanjang tahun.
"Inisiatif ini memberi ruang kepada semua untuk meraikan perayaan bersama keluarga serta mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan keharmonian komuniti setempat," katanya dalam satu kenyataan.
Deepavali atau Pesta Cahaya akan disambut pada Isnin, 20 Oktober ini.
Cuti tambahan diumumkan KPM diberikan kepada semua sekolah di seluruh negara kecuali Sarawak, sekali gus memberi peluang kepada warga sekolah menikmati lima hari cuti berturut-turut bermula Sabtu hingga Rabu bagi membolehkan murid dan guru menyambut perayaan itu bersama keluarga dan rakan terdekat.
Sementara itu Lagina menerusi kenyataan sama menyifatkan langkah dibuat KPM selaras dengan semangat Malaysia MADANI yang menekankan nilai kasih sayang, keharmonian dan saling menghormati dalam masyarakat berbilang kaum serta agama.
Justeru Srikandi KEADILAN merakamkan penghargaan kepada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, atas kepimpinan beliau yang konsisten berasaskan prinsip empati, kesejahteraan dan kepentingan rakyat.









Comments