top of page

Srikandi, ahli Bersatu Tenggara sertai KEADILAN



Meyakini KEADILAN parti yang lebih baik dalam memperjuangkan kebajikan rkayat, Srikandi Bersatu Rosmah Suliman bersama 22 rakan yang lain menyertai KEADILAN hari ini.


Beliau yang merupakan anggota Bersatu Bahagian Tenggara menyerahkan borang keahlian kepada Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, perjuangan parti reformasi itu dilihat lebih stabil dan konsisten berbanding Bersatu.


"Pada dasarnya semua parti nak menjaga rakyat tetapi kelainan saya lihat pada KEADILAN ini.


"Dia punya konsistensi dari kepimpinan atas, tidak terlalu melompat lompat. Dari atas itu dia nampak solid cantik, nampak keyakinan.


"Saya pun tak tahu apa akan jadi untuk parlimen (Tenggara), cuma saya mengharapkan pendekatan lebih baik dan lebih banyak keahlian KEADILAN di Tenggara," katanya.


Menurut Rosmah lagi, borang yang diserahkan kepada Fuziah pada hari ini adalah permohonan rakan rakan beliau yang berkongsi aspirasi perjuangan bersama KEADILAN bagi membawa perubahan ke atas negeri Johor.


Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Calon DUN Pasir Raja, Fakharuddin Moslim.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page