top of page

SPRM tidak boleh siasat diri sendiri, polis lakukan siasatan



Pihak polis diminta masuk menyiasat isu pemilikan sejumlah saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.


Hal itu ditegaskan dalam sidang media bersama beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, tengah hari tadi.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil yang menjadi jurucakap kumpulan itu, sekurang kurangnya Azam perlu disiasat melibatkan 3 akta.


"Ini adalah beberapa perkara yang beliau katakan (semalam) berhubung pembelian, pemilikan dan penjualan saham atas nama adik beliau Nasir Baki.


"Kami mahu pihak polis menyiasat beberapa perkara seperti Akta Perindustrian Sekuti, berhubung milikan akaun saham Seksyen 25, 25A dan 29A juga menyiasat di bawah Pekeliling Bilangan 3, 2002, berkenaan pemilikan dan perisytiharan harta pegawai awam, termasuk Seksyen 23 dan 24 pekeliling tersebut.


"Seksyen 10 peraturan pegawai awam berhubung pemilikan harta dan menyiasat sumber dana pembelian sejumlah saham berkenaan.


"Hal ini perlu disiasat (polis) kerana pada pandangan Ahli Parlimen SPRM tidak boleh menyiasat diri sendiri dan perlu siasatan pihak ketiga," katanya.


Selain itu, Fahmi juga melahirkan kekecewaannya berikutan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menolak untuk membahaskan isu terkait Azam Baki pada 14 Disember lalu.


Sedangkan Dewan Rakyat, menurutnya, adalah tempat terbaik untuk membahas dan mengetahui susur galur kes tersebut serta membersihkan nama SPRM.


"Pada 14 Disember lalu Ahli Parlimen yang diketutai oleh Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah telah minta isu ini dibahas segera tetapi ditolak atas isu teknikal.


"Saya lihat Parlimen cara terbaik untuk kita dapatkan penjelasan kerana SPRM institusi penting. Saya risau keyakinan ornag ramai terkesan akibat insiden ini," katanya.


Mengenai pemberi maklumat yang mendapat surat tuntutan dari Azam Baki sebagaimana dilaporkan media semalam, Fahmi bimbang negara diambang satu episod yang malang sebagaimana beberapa tahun lalu seperti skandal 1MDB dan NFC.


Namun, tambah beliau, perkara yang lebih merisaukan ialah Perdana Menteri Ismail sabri Yaakob yang masih belum lagi membuka mulut berkaitan skandal terbaharu ini.


Selain Fahmi, Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin, dan Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik juga hadir dalam sidang media berkenaan.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page