top of page

SPRM tahan pegawai kanan Kerajaan Negeri Kedah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 25, 2023
  • 1 min read


Seorang pegawai kanan yang berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Kedah direman tiga hari di Mahkamah Sesyen Alor Setar setelah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Penahanan individu itu dipercayai bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah.


Sumber yang dipetik media berkata, suspek lelaki yang berusia 50-an ditahan kira-kira jam 8 malam tadi di pejabat SPRM Alor Setar, kerana disyaki meminta rasuah berjumlah kira-kira RM1 juta daripada seorang pemilik syarikat.


SPRM sebelum ini telah menahan reman seorang CEO Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan seorang wanita berjawatan pengarah syarikat.


Beberapa hari kemudian, agensi itu menahan seorang lagi individu yang merupakan pembantu kepada pemilik syarikat yang menjadikan keseluruhan tangkapan kini seramai empat orang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page