top of page

SPRM tahan dua individu termasuk CEO MBI Kedah



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa dalam sektor perlombongan.


Kedua-dua mereka, seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI Kedah) dan seorang wanita berjawatan pengarah syarikat ditahan secara berasingan di Alor Setar dan Kuaa Lumpur pada petang Selasa.

Mahkamah Majistret Alor Setar dan Mahkamah Majistret Shah Alam pada Rabu mengeluarkan perintah reman secara berasingan terhadap uspek yang masing-masing berusia 63 dan 40 tahun itu.


"Kedua-dua suspek kini direman tiga hari bermula hari ini (Rabu) hingga 21 Julai," kata seorang sumber dipetik Harian Metro.


Terdahulu, SPRM dikatakan mengesyaki berlaku aktiviti perlombongan unsur nadir bumi (REE) secara haram dan syarikat yang terbabit diberikan perlindungan daripada pihak berkuasa tertentu sejak 2020.


Hasil siasatannya SPRM didakwa mengesan beberapa pembayaran disyaki membabitkan rasuah berjumlah lebih RM13 juta diberikan syarikat terbabit kepada pihak tertentu sejak 2020 hingga 2023 bertujuan melindungi aktiviti tersebut.

Syarikat milik wanita yang ditahan reman itu dipercayai mendapat kelulusan untuk menjalankan projek pembangunan ladang hutan pokok getah klon balak (TLC) di dua kompartmen di Kedah sejak tahun 2016, yang asalnya bertujuan untuk menanam semula pokok-pokok getah klon balak di kawasan pembalakan yang terlibat.


Pada tahun 2020, syarikat yang sama telah mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi menjalankan aktiviti perlombongan REE dalam kompartmen yang sama namun tiada kelulusan diberikan


Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan tersebut. Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 17 dan 23 Akta SPRM 2009.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page