top of page

SPRM siasat segera siapa di sebalik tawaran sogokan Ahli Parlimen pembangkang


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu melakukan siasatan dan mengenalpasti individu atau kumpulan di belakang tawaran sogokan kepada beberapa Ahli Parlimen pembangkang agar berpaling tadah menyokong kerajaan Perikatan Nasional sejak beberapa hari lalu.


Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini.


"Majlis Presiden PH gusar dan mengutuk usaha kotor pihak tertentu ke atas sekurang-kurangnya tujuh Ahli Parlimen termasuk Ahli Parlimen Rasah, Kota Melaka, Ipoh Barat, Kulim Bandar Baharu, Setiawangsa, Kuala Kedah dan Alor Setar untuk menawarkan habuan serta jawatan bagi memberi sokongan kepada Kerajaan.


"SPRM perlu mengambil tindakan secara serius, memandangkan kejadian-kejadian serupa pernah berlaku kepada Ahli-ahli Parlimen pembangkang sebelum ini.


"Sekiranya SPRM gagal berbuat demikian, ini hanya membuktikan dakwaan agensi Kerajaan diperalatkan sebagai senjata politik demi survival politik pihak tertentu, dan bukannya mendaulatkan undang-undang negara," kata mereka.


Menurut Majlis Presiden lagi, perbuatan rasuah berlaku kerana keengganan Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yaddin meletakkan jawatan.


Oleh kerana kedegilan beliau, kata mereka, menyebabkan kerajaan yang tiada keabsahan dan tandus idea untuk mentadbir terpaksa membeli wakil-wakil rakyat pembangkang untuk menyokong mereka.


"Seperti yang umum maklum, Tan Sri Mahiaddin telah kehilangan majoriti dan masih enggan meletakkan jawatan berdasarkan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan.


"Sesiapa yang cuba merasuah Ahli-ahli Parlimen pembangkang mahupun yang telah menarik sokongan terhadap Tan Sri Mahiaddin telah bukan sahaja melakukan satu kesalahan, tetapi juga membolehkan PM yang tiada keabsahan mahupun majoriti untuk kekal berkuasa sambil rakyat terus merana.


"Oleh itu, kami menegaskan Tan Sri Mahiaddin mesti meletak jawatan segera, atau memanggil sidang khas Parlimen untuk membahas dan memutuskan usul Undi Percaya dalam masa terdekat. Jangan gunakan masa sehingga September "membeli" sokongan dengan pelbagai taktik yang tidak bermaruah dan menyalahi undang-undang," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page