top of page

SPRM sedia buat pendakwaan, menantu Muhyiddin perlu dibawa pulang



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah bersedia untuk mendakwa menantu bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin di mahkamah namun lelaki itu masih menghilangkan diri di luar negara, kata ketua pesuruhjayanya.


Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan melibatkan Datuk Seri Muhamad Adlan Berhan, 48, sudah lengkap untuk pertuduhan biarpun dia sehingga kini masih gagal dikesan.

Lelaki itu menghilangkan diri sejak Mei tahun lepas perlu kembali ke negara ini untuk menghadapi pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) oleh badan anti-rasuah itu.

"SPRM telah hantar kertas siasatan itu untuk pertuduhan di mahkamah," katanya dipetik pada sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah ke-10 di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Centre, Kuala Lumpur.


Majlis itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Zuki Ali.


Pada Oktober lalu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan telah menyerah dokumen diperlukan kepada Interpol untuk permohonan Notis Merah terhadap Muhammad Adlan dan peguamnya Mansoor Saat, 69.


Beberapa dokumen termasuk draf pertuduhan kes membabitkan dua individu berkenaan telah diserahkan kepada PDRM bagi melengkapkan permohonan Notis Merah.


Ia merupakan kali pertama SPRM bertindak memanggil Muhammad Adlan bagi siasatan membabitkan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.


Berdasarkan semakan rekod suruhanjaya itu, kedua-dua lelaki berkenaan telah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei tahun lepas.


Sementara itu, ditanya mengenai siasatan Spanco Sdn Bhd (Spanco), Azam berkata suruhanjaya itu telah mengambil keterangan seorang bekas Menteri Kewangan bagi membantu siasatan dakwaan rasuah bagi projek fleet kenderaan kerajaan Malaysia bernilai RM4.5 bilion.


Katanya bekas Menteri Kewangan itu dipanggil bagi menjelaskan penganugerahan kontrak membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan kepada Spanco, syarikat memegang konsesi tunggal membekal dan menyelenggara kenderaan kerajaan.


"Kami akan panggil sesiapa sahaja termasuk bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri yang terbabit dalam kuasa meluluskan projek berkenaan," katanya.


Azam berkata bekas Menteri Kewangan yang dipanggil oleh SPRM itu telah berkhidmat dengan pentadbiran kerajaan pada 2020 hingga 2021.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page