top of page

SPRM sangkal dakwaan Mahathir tidak siasat SD Murad



Oleh: Azuan Ab Rahman


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyangkal dakwaan Dr Mahathir Mohamad berhubung isu Akuan Berkanun (SD) bekas penolong gabenor Bank Negara (BNM), Abdul Murad Khalid, kira-kira 24 tahun lalu.


Suruhanjaya itu melalui satu kenyataan berkata rekod menunjukkan Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM) membuka enam kertas siasatan untuk menyiasat Anwar Ibrahim susulan penerbitan SD itu.

"Siasatan dijalankan secara mendalam, menyeluruh, dan terperinci dengan bantuan BNM termasuk di dalam dan luar negara seperti United Kingdom dan Singapura.


"Hasil siasatan menunjukkan tiada sebarang kes terhadap Anwar," tegas SPRM.


Mahathir dalam satu sidang media pada Isnin mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak menjalankan siasatan terhadap Murad berhubung SD yang dibuat pada 1999 yang mendakwa Anwar memiliki RM3 bilion dalam lebih 20 akaun bank.


Pada 2012, Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Murad berada dalam keadaan tertekan ketika membuat SD terhadap dakwaan dana dimiliki Anwar.


Saifuddin melalui laporan media mendakwa, Murad “terbang” ke Munich, Jerman, pada akhir 2004 untuk bertemu Anwar dan memohon maaf berhubung isu SD dibuatnya.


Sementara itu SPRM dalam kenyataan menegaskan dakwaan dibuat Mahathir kononnya badan anti-rasuah tidak menjalankan siasatan terhadap Anwar berhubung SD Murad merupakan 'tohmahan'


Suruhanjaya itu turut menegaskan enam kertas siasatan tersebut dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara pada 12 Ogos 2002.


"…malah perkara tersebut berlaku semasa kepimpinan Mahathir sebagai perdana menteri," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page