SPRM perlu siasat segera Hamzah Zainudin, kerajaan PN - Jingga 13


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador terhadap salah laku kerajaan Perikatan Nasional (PN).


Menurut Ketua Koordinator NGO Jingga 13, Fariz Musa, desakan Hamid itu, terutama siasatan ke atas ahli politik yang dikatakan sebagai 'katak-katak yang melompat sana sini' dan dikhuatiri melibatkan aktiviti rasuah perlu dilakukan segera.


"Jingga13 Malaysia mendesak SPRM turut mengambil tindakan terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dilihat telah mencampuri pentadbiran Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Campurtangan sebegini tidak sepatutnya berlaku dan dilihat mabuk kuasa.


"Malah Hamid mendakwa sejak awal dilantik sebagai menteri, Hamzah sudah campurtangan dalam PDRM. Tindakan sebegini boleh mengundang berlakunya amalan rasuah dan salahguna kuasa.


"Malah lebih parah, apabila aduan di buat kepada Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Negara pun tidak dihiraukan. Betapa lemahnya Perdana Menteri Malaysia dan sungguh memalukan," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Fariz juga mahu siasatan dibuat ke atas tokoh-tokoh politik PN yang dicurigai korup.


Katanya, rakyat wajar menolak mereka habis-habisan dan negara perlu diselamatkan daripada orang yang rakus dan mabuk kuasa serta sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat mereka .


"Terbukti daripada ucapan Ketua Polis Negara, Kerajaan PN ialah 'kerajaan yang rosak, perasuah dan mabuk kuasa' .


"Jingga13 Malaysia amat kesal sekiranya kenyataan yang dibuat secara terbuka oleh Ketua Polis Negara itu tidak diambil tindakan oleh SPRM .

"Kerana apa yang diungkapkan dalam ucapan beliau adalah sangat serius. Kenyataan seorang Ketua Polis Negara bukanlah cakap-cakap orang kampung di kedai kopi," sinisnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER