
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera dakwaan Tan Sri Abdul Hamid Bador berhubung campur tangan politik dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau berkata, pendedahan Hamid bukanlah sesuatu yang baharu sebaliknya mengukuhkan dan mengesahkan kenyataan-kenyataan terdahulu.
"Bola di kaki SPRM. Yang buat pendedahan ini bukan calang-calang orang beliau adalah ketua polis negara.
"Sebab itu kalau SPRM memilih untuk berdiam diri, itu adalah satu yang malang buat negara, seolah-olah negara ini tidak ada undang-undang," katanya.
Justeru, beliau menggesa SPRM supaya bertindak segera jika mahu terus memelihara integriti polis.
"Jika tidak, kepercayaan polis akan ikut terjejas dan tindakan mereka tidak harus bersikap terpilih.
"Kami mengulangi gesaan supaya SPRM melakukan tindakan sewajarnya daripada pendedahan ini," katanya.
Comentarios