top of page

SPRM perlu rombakan segara, pulihkan imej Malaysia - Halimey



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu dirombak segera bagi memulihkan integritinya berikutan skandal pemilikan saham ketua pesuruhjaya suruhanjaya itu.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar, kontroversi yang melibatkan pemilikan saham dalam bursa Malaysia Tan Sri Azam Baki dan 'pembersihan nama' yang dilakukan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Tan Sri Abu Zahar Ujang ke atas Azam amat memualkan, seolah olah memperbodohkan rakyat.


Beliau bertanya, adakah rakyat Malaysia dianggap sebegitu bodoh untuk diperkotak-katikkan dengan kenyataan sebegitu rupa?


"Seandainya Tan Sri Azam Baki tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, maka perkara ini tidak menjadi isu kerana alasan nama beliau digunakan untuk membeli saham (adiknya) tidak timbul, malah perkara tersebut mungkin tidak berlaku sama sekali.


"Di sini wujudnya konflik kepentingan apabila jawatan yang disandang membolehkan beliau menikmati kelebihan," kata Halimey.


Sehubungan itu, menurut Ahli Dewan Negeri Seri Setia itu, KEADILAN Selangor menggesa Ketua Pesuruhjaya SPRM serta Pengerusi LPPR disiasat oleh satu badan bebas dengan pemantauan rapi Transparency International.


Hal itu, katanya, bagi memastikan tiada tangan ghaib yang akan mengganggu siasatan.


Selain itu, Halimey juga mendesak supaya pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Pengerusi LPPR selepas ini dilakukan melalui proses yang dipantau Parlimen Malaysia.


"Hal ini bagi memastikan individu yang dilantik benar benar bebas dari pengaruh politik serta memiliki kredibiliti serta integriti dalam melaksanakan tugas. Selagi perkara ini tidak dilakukan maka tragedi yang berlaku hari ini akan berulang, membarah dan menghancurkan negara.


"Apa lagi harapan yang tinggal untuk rakyat Malaysia apabila SPRM yang diharap memantau dan menguatkuasa undang-undang berkaitan rasuah dicemari amalan tidak sihat.


"Satu malapetaka kepada demokrasi apabila rakyat tidak lagi percaya kepada institusi ini," kata beliau lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page