top of page

SPRM mesti bertindak pantas kembalikan dana negara dirompak - Anwar

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 25, 2022
  • 1 min read


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus mengambil tindakan segera untuk memperolehi setiap dana negara yang diselewengkan melalui skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau menyambut baik pengumuman Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki terkait isu berkenaan semalam.


"Saya menggesa SPRM mengambil tindakan pantas mengenai isu ini kerana ia melibatkan sikap kita terhadap rasuah dan penyelewengan dana awam oleh penguasa perasuah.


"SPRM juga perlu terus membongkar dan bertindak ke atas petualang perompak dana rakyat tatkala pandemik menyerang sejak 2 tahun lalu," katanya.


Tegas Anwar, sikap dan integriti yang ditunjukkan negara dalam melawan rasuah adalah kunci keyakinan masyarakat antarabangsa dan memudahkan negara untuk menarik pelaburan luar bagi memulihkan ekonomi yang tidak menentu.


"Sikap tegas kita terhadap rasuah dan salahguna kuasa adalah cerminan integriti masyarakat yang tinggi, dan tidak harus ada kompromi sama sekali dalam hal melibatkan integriti," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page